Selasa, Ogos 17, 2010

PERLU SELESAIKAN PERKARA-PERKARA POKOK DEMI UNTUK KEKUATAN SENDIRI

Rakyat Tanggungjawab Suarakan Masalah Kepada Kepimpinan Negara - Dompok

PENAMPANG, 15 Ogos (Bernama) -- Rakyat bertanggungjawab menyampaikan kepada kepimpinan negara mengenai sebarang masalah bagi mendapatkan keputusan, perhatian dan penyelesaian daripada kerajaan, kata Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Beratu (UPKO).

Presidennya Tan Sri Benard Dompok berkata tindakan rakyat membangkitkan masalah untuk penyelesaian tidak harus dilihat sebagai menentang kerajaan.

Katanya Barisan Nasional (BN) telah membuktikan kemampuan untuk mentadbir sebuah kerajaan yang baik namum rakyat mahu melihat segala dasar dan rancangan yang digariskan perlu dilaksanakan sepenuhnya.

"Apa yang kita katakan bahawa semua perkara atau isu yang dibangkitkan boleh diatasi dengan segera," katanya semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Sepanggar) di sini pada Ahad.

Katanya UPKO menyokong dasar kerajaan yang baik dan kesetiaan parti itu terhadap BN mungkin diuji dengan kelewatan dalam menangani isu-isu negeri yang dekat di hati kaum Bumiputera namum ia tidak bermakna sebarang kata putus diberikan.

Terdahulu itu, pemimpin-pemimpin UPKO bahagian menyuarakan rasa tidak puas berhubung perkongsian kuasa di kalangan parti komponen BN di Sabah dan isu-isu negeri seperti masalah pendatang haram dan dasar kabotaj.

"BN perlu selesaikan perkara-perkara pokok demi untuk kekuatan BN sendiri ... Kami tidak beri kata putus," kata Dompok.

Katanya ketika Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas dengan konsep 1Malaysia tetapi apa yanga membimbangkannya sama ada Perdana Menteri akan dibenarkan melaksanakan tanggungjawab itu oleh mereka yang mengelilinginya.

"Ini adalah apa yang saya rasa...Perdana Menteri ikhlas dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi saya tidak begitu pasti sama ada partinya (UMNO) akan membenarkan dia berbuat demikian.

"Saya fikir ini adalah salah satu perkara yang kita akan bangkitkan kepada kepimpinan negara. Kita harus wujud satu Malaysia di mana semua berasa mereka adalah rakyat Malaysia," katanya yang sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Najib.

Sementara itu, ketua UPKO Bahagian Kota Kinabalu Datuk Herman Tiongsoh mencadangkan penubuhan sebuah makmal UPKO bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya makmal itu bagi mengenal pasti sebarang kelemahan parti yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya serta peluang yang boleh menyumbang kepada kejayaan BN pada pilihan raya itu nanti.

----

"Ada banyak perkara yang perlu kita lakukan. Kita perlu beri tumpuan terhadap ekonomi, keselamatan dan alam sekitar, tapi kita tetap bertelagah tentang siapa yang buat dulu dan siapa yang buat kemudian.

"Kalau kita tidak pastikan ekonomi, masyarakat dan kerajaan kita berada dalam keadaan tersusun, siapakah yang akan menderita? Orang ramailah (yang akan menderita),"

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

----

"Ada jaminan bahawa bekalan gas tidak disalurkan ke Bintulu di Sarawak menerusi saluran gas itu jika terdapat keperluan bekalan itu di Sabah. Abdullah cakap jaminan ini dari Petronas sendiri.

"Jadi ini bukanlah sama ada Petronas enggan menjalankan apa yang diwajibkan kerajaan, tetapi kerajaan negeri sendiri perlu pastikan bekalan gas ini dapat digunakan di Sabah,"

Tan Sri Bernard Dompok

19 ulasan:

  1. setiap pihak perlu bersama-sama berusaha untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. bersatu dan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu isu adalah amat baik.

    BalasPadam
  2. suara rakyat haruslah didengar oleh kerajaan dan ini tidak bermaksud rakyat menentang. perkara-perkara kecil patut diselesaikan untuk memguatkan BN, itu memang sudah pasti. BN haruslah menunaikan apa yang telah dikatakan.

    BalasPadam
  3. Janganlah cakap tak serupa bikin. Kalau dah mengenal pasti apa tindakan yang wajar diambil, maka ikutilah langkah yang perlu.

    BalasPadam
  4. pemimpin haruslah mendengnar suara rkyat dan peka terhdap keadaan rakyat. dgn ini, ia akan disukai dan dihargai rkyat.

    BalasPadam
  5. setiap isu atau masalah yang ada perlu diselesaikan. penyelesaian sesuatu isu pasti akan menambahkan kekuatan dan mendapat sokongan rakyat.

    BalasPadam
  6. sokongan rakyat bergantung kepada sejauhmana sesebuah parti itu mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. samada masalah baru ataupun masalah lama, semua itu perlu ditangani sebaik mungkin kerana disitulah letaknya kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  7. sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, gunakan waktu yang ada ini sebaik mungkin dan perbanyakkan pelaksanaan atau tindakan.

    BalasPadam
  8. sebenarnya, 1 Malaysia ini Perdana Menteri sangat mahu gagasan ini berjaya. Tapi tidak pasti lagi sokongan yang lain macammana. Sekiranya menteri sendiri tidak ada semangat macamana pula dengan perasaan rakyat. Jadi ini memerlukan sokongan dari semua, tidak kira apa bangsa sekali pun.

    BalasPadam
  9. pemimpin yang sentiasa disokong rkyat adalah pemimpin yang sentiasa mendengar suara rakyat dan sentiasa prihatin dgn rkyat.

    BalasPadam
  10. "Kalau kita tidak pastikan ekonomi, masyarakat dan kerajaan kita berada dalam keadaan tersusun, siapakah yang akan menderita? Orang ramailah (yang akan menderita)," Jadi tunggu apa lagi para pemimpin sekelian. Tunaikan janji dan jalankanlah tanggungjawab kepada rakyat. Jangan pentingkan diri sendiri nanti menyesal tidak berguna.

    BalasPadam
  11. I'm a strong believer in democratic leadership. It is useless for people to vote if it is worthless.

    BalasPadam
  12. Pokoknya, pemimpin harus yakin dengan pucuk pimpinan demi mengetuai rakyat.

    BalasPadam
  13. Be the people of the people.

    BalasPadam
  14. Adakah masalah rakyat begitu susah untuk diselesaikan?

    BalasPadam
  15. The people needs justice. Where can they find it?

    BalasPadam
  16. Rakyat harus menyokong 1Malaysia.

    BalasPadam
  17. samada kerajaan mampu menyelesaikan perkara2 pokok, kita tunggu hasilnya dalam PRU akan datang. jadi gunakanlah waktu yang sedikit ini untuk melipat gandakan usaha dan tingkatkan pelaksanaan atau tindakan, bukannya cakap kosong.

    BalasPadam
  18. Keep improving from time to time, it will be the best answer for all.

    BalasPadam
  19. Sesebuah organisasi akan maju jika warga-warga di dalamnya bersatu padu. Maka, adalah penting bagi kerajaan untuk memperbaiki silap salah yang mungkin tidak disedari demi untuk rakyat tercinta.

    BalasPadam