Sabtu, Ogos 28, 2010

ADAKAH NAMEWEE MELAMBANGKAN GENERASI MUDA YANG TIDAK TAHU MENGHARGAI ERTI KEMERDEKAAN DAN PERPADUAN KAUM YANG DINIKMATI OLEH RAKYAT NEGARA INI ?

Puteri Umno Desak Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Namewee

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Puteri Umno mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata dalam klip video itu Namewee antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Beliau berkata selain itu Namewee dalam klip video yang disiarkan dalam laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Puteri Umno mendesak kerajaan bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri, katanya.

Rosnah berkata Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati oleh rakyat negara ini.

"Adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi internet," katanya.

Beliau berkata isu guru yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sedang disiasat oleh pihak berkenaan dan adalah tidak wajar guru berkenaan dicerca melalui klip video itu.

~~~~~

Pemberian Kewarganegaraan Satu Anugerah, Bukan Hak Yang Boleh Dituntut

"Ini penting bagi memastikan hanya mereka yang betul-betul memahami dan mendalami budaya masyarakat Malaysia serta berkelakuan baik sahaja yang dianugerahkan taraf kewarganegaraan,"

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kepada kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkaitan kira-kira 25,751 pemegang kad pengenalan merah yang masih belum menerima status warganegara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong

27 ulasan:

  1. tindakan namewee adalah amat tidak wajar. sebagai rakyat Malaysia kita perlu menghormati perpaduan kaum dan tidak patut menghasilkan video klip seperti itu.

    BalasPadam
  2. Namewee ni mmg seorang yang tidak ada semangat patriotik, dia sebagai rkyt Malaysia tak harus bertindak sedemikian, langsung tidak menghormati perpaduan kaum di Malaysia. dia harus diberi tindakan tegas.

    BalasPadam
  3. I love namawee's work, but sometimes, his creativity is too much & can cost more damage than cure...its good that he is voicing something that has been haunted us for a long time...but fighting fire with fire will never works & it will potentially going to make the flame even bigger...

    BalasPadam
  4. Namawee was just voicing out his opinion through music which was quite a success among the young generations. Hye, we can't blame him for being angry. After all, it was the headmistress who was being racist and yet no serious action was taken towards her.

    BalasPadam
  5. However I have to agree with project_ok comment that fighting fire with fire will only make the situation much worser. Namawee shouldn't voice out his opinion in a harsh and racism manner. It only indicates that he is as racist as the headmistress.

    BalasPadam
  6. Namawee jangan engkau meyemarakkan api perkauman. Biarlah rakyat kita hidup dengan aman sebegini. Hargailah zaman kemerdekaan kita ini dan mari kita menikmati perdaduan kaum yang sekarang ini.

    BalasPadam
  7. Perbuatan Namawee boleh menyebabkan peperangan antara kaum. Sesiapa yang tengok vid Namawee, tentu akan dibrainwash. Amaran harus diberikan kepada Namawee.

    BalasPadam
  8. yang memulakan adalah guru itu.. inilah risikonya bila seseorang itu membuat kenyataan racist yang kemudiannya menjadi barah yang semakin membesar. video itu tidak akan wujud kalau guru itu tidak memulakannya. apa2pun, kedua2nya patut dikenakan tindakan tegas..

    BalasPadam
  9. Guru itu pun satu. Suka2x sahaja suruh pelajar cina balik China dan suruh pelajar India menyingkirkan string doa pada pergelangan tangan mereka kerana hanya anjing akan melakukannya. Sungguh memalukan perbuatan guru tersebut. Apa2x pun, janganlah kita bersikap racis.

    BalasPadam
  10. Malaysia independence day is approaching. F*ck racist. We should live in peace and harmony among other races.

    BalasPadam
  11. They started it 1st, so????? what do you expect??? Just be silent???

    BalasPadam
  12. Chill guys. I don't think he's putting his blames on all youth-bies in town. Instead, he was trying to remind them to be patriotic. ( Well, I don't know who the hell he is, just my 2 cents.)

    BalasPadam
  13. Apa yang diluahkan oleh Namawee ada betulnya.. Biasalah setiap kelemahan pasti akan mendapat komen.. Namun jika luahan tak dikawal cara penyampaiannya pasti akan mencetuskan pergaduhan antara kaum.

    BalasPadam
  14. Ya project_ok. Saya juga kagum dengan hasil kerja Namawee - sungguh kreatif. Namun betul juga apa yang ko cakap, kalau lawan api dengan api alamatnya tebakarlah negara kita. huhuhu

    BalasPadam
  15. Saya setuju tindakan tegas dikenakan terhadap Namawee. Bukannya mahu menghalang kebebasan bersuar tetapi negara kita ni ada undang2 so kena juga lah ikut peraturan.

    BalasPadam
  16. Cuma bila difikirkan semula kalaulah bukan sebab guru tu bertindak kurang munasabah (dianggap rasis), rasanya si Namawee ni takkan cakap yang bukan2 juga ba. Justeru bagi saya luahan si Namawee ni patut diambilkira juga (walaupun telampau panas)!!!

    BalasPadam
  17. Apapun saya harap hal ni ditanggani dengan baik. Ingat negara kita ni negara majmuk dan harus tahu menghormati orang lain. Setiap kesilapan yang berlaku harus ditanggani dengan baik dan bukannya ditambahkan lagi masalah itu!!!

    BalasPadam
  18. Memang memalukan. Kita mestilah belajar mencintai negara sendiri.

    BalasPadam
  19. Remaja sekarang memang tidak dapat dikawal lagi terhadap perbuatan mereka.Memang memalukan.

    BalasPadam
  20. Generasi ini memang sudah berubah...

    BalasPadam
  21. namewee ni tak layak menjadi rakyat Malaysia, dia sanggup menyemarakkan perkauman di Malaysia. dia seharusnya menjaga nama baik negara.

    BalasPadam
  22. Tindakan Name Wee ini bukan membangkitkan isu perkauman tapi dia ingin menghapuskan diskriminasi antara warga negara. Walaupun kata-kata kesat dalam karyanya kurang selesa dipandang, tapi erti yang tersirat hanya mengajak semua rakyat untuk menghilangkan sifat racis dan diskriminasi. Inilah pandangan saya sendiri.

    BalasPadam
  23. Kalau disebabkan tindakan Name Wee itu dianggap tidak layak menjadi rakyat Malaysia, adakah kenyataan racis guru-besar Johor itu dianggap layak menjadi rakyat Malaysia?

    BalasPadam
  24. Don't play with fire as you will get burn easily. I don't agree on how Namewee made this situation into a song. But I gotta agree with YB Datuk Rosnah. Race is not a plaything. Play with that and you will provoke everyone from different races. No doubt we don't want any race sentiment but making it into a song rap? Either you got a death wish or hell, trouble will coming after you. Situation under control for now and we don't need more provocation from an ungrateful youth.

    BalasPadam
  25. Oh great. We don't really need more problems. It's enough we have this racist teacher and now this? No doubt very creative and freedom of speech but I think he should use the freedom of expression wisely. I sense more storms coming in..*sweats*

    BalasPadam
  26. Tindakan Name Wee ini bukan membangkitkan isu perkauman tapi dia ingin menghapuskan diskriminasi antara warga negara. Walaupun kata-kata kesat dalam karyanya kurang selesa dipandang, tapi erti yang tersirat hanya mengajak semua rakyat untuk menghilangkan sifat racis dan diskriminasi. Inilah pandangan saya sendiri.
    ----------------
    gaya bahasa dan perlakuan cara namawee mempersembahkan luahan rasa - adalah tidak boleh diterima pakai samasekali - ianya jelas akan memberi implikasi negatif kepada kaum remaja yang berakal cetek,

    akhirnya jika dibiarkan ianya hanya akan mengembang biakkan golongan remaja bersikap kurang ajar/biadap dalam meluahkan rasa. adakah budaya sebegini anda semua, kata kata kesat menjadi suatu kebiasaan didalam negara kita, dimana budaya maki hamun menjadi suatu yang dipraktikkan dalam negara kita.sekiranya ini anda setuju maka tunggulah dalam masa tahun-tahun kehadapan kita hanya akan melihat remaja bersikap seperti ini dimana mana sahaja anda pergi...selesakah anda dengan keadaan demikian

    fikir-fikirkanlah, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya saling menghormati antara satu sama lain, menjaga tutur kata dan tatasusila..(sejak dari kecil)....kerana kita hidup dalam negara yang berbilang kaum.

    sepatutnya namawee perlu pergi ke PLKN

    BalasPadam
  27. Name wee perlu mengubah cara pertuturannya.

    BalasPadam