Isnin, Ogos 09, 2010

9/08/2010 – MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN DANA WAKAF TUNAI UNTUK TAPAK BARU MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU RANAU YANG DISAKSIKAN OLEH PENGARAH JHEAINS DATUK HJ. AMRI BIN HJ. SURATMAN

9/8/2010 – Bertempat di Gerai Wanita GDW Kg. Silou telah berlangsung majlis ringkas penyerahan dana wakaf tunai untuk tapak masjid baru Masjid Nur Hikmah Kg. Silou Ranau. Majlis ini telah disaksikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ybhg. Datuk Hj. Amri Bin Hj. Suratman, Pegawai JHEINS Ranau, Wakil MUIS, AJK Masjid Daerah Ranau, AJK Masjid Nur Hikmah Kg. Silou Ranau dan penduduk Kg. Silou.

Menurut pengerusi Masjid Nur Hikmah Kg. Silou, En. Md. Hasbi Jumin, dana wakaf tunai untuk tapak masjid sebanyak RM25,000.00 telah disumbangkan oleh individu secara iklas untuk mendapatkan tapak masjid baru. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengarah JHEAINS Datuk Hj. Amri Hj. Suratman, Pn. Hajah Bainun Gintua, JHEAINS Ranau, AJK Masjid Pekan Ranau, AJK Masjid Nur Hikmah dan individu yang telah membantu dan menyumbangkan dana tunai dan idea untuk mendapatkan tapak untuk mendirikan masjid baru Nur Hikmah Kg. Silou.

Sekali lagi jutaan terimakasih diucapkan untuk yang telah membuat sumbangan amal jariah ini, hanya ALLAH s.w.t sahajalah yang dapat membalas segalanya.  Amin.

Sejarah ringkas Masjid Nur Hikmah Kg. Silou

Surau Kg. Silou telah didirikan pada tahun 1991 yang telah diusahakan oleh Allahyarham saudara Aziz Wong Ang Koi bersama mantan Ketua Kampung Silou pada masa itu Tuan Hj. Jalil Gabat.

Tapak Surau Kg. Silou adalah merupakan “road reserve”. Peruntukan pembinaan bangunan surau dari kerajaan pada masa itu adalah sebanyak RM35 ribu ringgit.

Pada bulan Oktober tahun 2008 surau Kg. Silou telah dinaik taraf kepada status Masjid dan telah dinamakan MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU.

Senarai Pengerusi Surau / Masjid

  1. Tuan Hj. Jalil Bin Gabat

  2. En. Mohd. Harman Abdullah

  3. En. Hasbi Bin Jumin

Jemaah Kariah Masjid Nur Hikmah adalah terdiri daripada penduduk beberapa buah kampung iaitu dari Kg. Silou, Kg. Kituntul Baru dan Kg. Matan dan kampung sekitarnya.

PERMASAALAHAN

Masaalah Masjid sekarang adalah bangunan yang sudah lama dan lantai yang telah dimakan anai-anai, pendawaiana lama dan juga status tapak Masjid merupakan “road reserve”.

Keperluan semasa ialah tapak yang lebih sesuai, di cadangkan membeli lot di depan masjid sekarang dan di beri peruntukan pembinaan bangunan baru memandangkan pada masa ini masjid tidak lagi dapat menampung jemaah masjid yang semakin bertambah terutama semasa solat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.

PENYELESAIAN

Kerajaan melalui JHEAINS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM190,000 untuk membina sebuah masjid baru bagi menggantikan masjid lama. AJK dan jemaah Masjid Nur Hikmah Kg. Silou merakamkan bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah di atas peruntukan ini dan amat berharap pembinaan masjid baru ini dibuat secepat mungkin agar jemaah kariah masjid dapat menunaikan ibadah mereka dalam keadaan yang lebih selesa.

------

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir  benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. al-Baqarah (2): 261).

“Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (macam), yaitu sedekah Jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang dimanfaatkan, anak shaleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

 

image

image

MAJLIS PENYERAHAN DANA WAKAF TUNAI

 
PENGARAH JHEAINS MELAWAT TAPAK BARU MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU RANAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan