Mengulas kenyataan naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan baru-baru ini yang mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu dibanggakan dengan jumlah anggota Umno yang ramai di Sabah di sebalik negeri ini yang kedua termiskin di negara.
"Kita jangan hanya tahu memberitahu orang ramai bahawa negara kita miskin tetapi tidak berbuat apa-apa menangani masalah itu.
"Kerajaan BN (Barisan Nasional) yang diketuai Umno adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sebab itu ramai penduduk Sabah telah menyertai Umno kerana mereka percaya parti itu mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk membawa pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini,"
Pemuda Umno Sabah menyokong langkah kerajaan negeri untuk menukar hutan simpan kepada tanah negeri, khasnya di mana penduduk tempatan telah diketahui tinggal di tempat itu sejak turun temurun lagi.
Jabatan Tanah dan Ukur meneliti semua permohonan tanah bagi memastikan hanya penduduk tempatan sahaja yang akan dilayan.
"Kita mengalu-ngalukan kerana ia memberi peluang kepada penduduk tempatan membangunkan tanah mereka tanpa bimbang diarah berpindah,"
tidak perlu giat mengkritik pihak lain semata2 mahu sokongan rakyat.. jika mana2 parti pembangkang sudi memberikan kerjasama atau berusaha menyelesaikan masalah2 rakyat, itulah yang akan menjadi keutamaan rakyat untuk melakukan pertimbangan kelak.
BalasPadamPKR tidak sepatutnya mengambil jalan mudah untuk meraih sokongan rakyat.. bagi saya tindakan itu hanya membuktikan bahawa PKR tidak mampu menyelesaikan masalah2 rakyat..
BalasPadamsaya percaya semua pihak patut bekerjasama dalam membantu membentras kemiskinan di Sabah. pekara ini merupakan tanggungjawab bersama dan bukanna tanggungjawab kerajaan semata-mata.
BalasPadamBukan untuk memuja Singapore tetapi pencapaian negara tersebut yang kecil tanpa sumber semulajadi boleh dijadi teladan bagi kita atas kejayaan republik itu. Baru-baru ini Singapore mencatat penumbuhan 15% kemungkinan yang tertinggi di dunia. Satu kejayaan yang ajaib ketika kegawatan ekonomi sejagat.
BalasPadamPembasmian gejala rasuah, peningkatan taraf pendidikan, meningkatkan mutu pentadbiran yang cekap. Dengan sumber yang kaya di Sabah, tidak mungkin Sabah miskin.
BalasPadamSaya tidak bangga pasal orang Umno banyak.
BalasPadamMemang lah itu. Apa yang perlu dibanggakan?
BalasPadamApa yang paling penting bagi saya ialah selesaikan masalah2 yg timbul... hehe
BalasPadamMasalah hanya akan selesai jika semua pihak bersatu dan berjuang bersama-sama. Belakang cerita la siapa hero atau heroin yg penting masalah selesai.
BalasPadamKalau betul hebat buktikan saja pada rakyat tak perlu kutuk2 parti lain.. aduuii, mcm ketandusan idea pula :P
BalasPadamUntuk masa depan Sabahan dan Sabah, bekerjasamalah.. Itulah yang terbaik supaya semua masalah bakal selesai.
BalasPadamJadi, tepuk dada tanya selera kio. hehehe
BalasPadamBantulah orang miskin. Berikan bantuan, jangan tunggak lagi.
BalasPadam