Umno Perlu Lakukan Proses Pembaharuan Politik Dengan Segera - Muhyiddin
JELI, 15 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno perlu melakukan proses pembaharuan politik dengan segera bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat.
Beliau berkata proses pembaharuan politik Umno masih perlahan dan sekiranya parti tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu, ia mungkin akan menjadi ancaman kepada parti pada pilihan raya umum akan datang.
"Proses tranformasi politik (Umno) agak lambat sedikit. Kita harus usahakan apa sahaja kehendak rakyat supaya keperluan yang hendak dilihat masyarakat dilaksanakan.
"Ia perlu dibuat segera. Satu proses pembaharuan perlu dibuat segera," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jeli, di sini pada Khamis.
Beliau berkata malahan proses pembaharuan di dalam kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah berjaya dilaksanakan.
Muhyiddin berkata daripada aspek pembaharuan dalam kerajaan BN, telah banyak perubahan dilakukan termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat daripada aspek pendidikan, golongan miskin, meningkatkan jumlah usahawan Bumiputera dan pelbagai lagi bantuan.
Katanya rakyat juga mahukan kerajaan pimpinan BN menangani segera isu membabitkan rasuah, jenayah dan pendidikan.
"Kesemua perkara itu telah diambil perhatian kerajaan dan tindakan segera diambil," katanya.
Hakikatnya senario politik negara telah berubah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan Umno dan BN mengalami kejutan politik dan hilang beberapa negeri kepada pembangkang termasuk kehilangan majoriti mudah di Parlimen pada pilihan raya umum 2008, katanya.
Timbalan Presiden Umno itu berkata rakyat sudah terdidik dengan lebih baik berikutan kehadiran internet yang dapat menyalurkan maklumat dengan pantas.
Katanya rakyat kini sudah bijak menilai pemimpin mereka berdasarkan maklumat yang diperolehi biarpun sudah 64 tahun Umno dan BN berjuang untuk rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.
"Ada persepsi kita sudah lama berkuasa, pimpinan yang ada tidak lagi peka dan prihatin, tidak lagi layan rakyat dan tidak ketahui perkembangan yang berlaku di bawah kerana kita leka dengan apa yang kita nikmati selama ini.
"Sebab itu bila sampai pilihan raya umum, mereka pergi ke peti undi dan tidak menyokong kita. Saya sebut ini untuk mengingatkan diri saya soal keberuntungan dan keberkekalan kuasa politik bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga negara," katanya.
Justeru, katanya dengan perkembangan di dalam masyarakat sekarang, keadaan telah menuntut Umno membuat pembaharuan.
"Kalau tidak...pada pilihan raya umum akan datang senario yang kita lihat hari ini mungkin tidak akan dapat dipertahankan lagi," katanya.
Sementara itu dalam sidang akhbar, Muhyiddin berkata sikap pemimpin di dalam Umno menjadi punca kepada perlahannya pembaharuan berlaku di dalam parti.
Beliau berkata mereka tahu apa yang berlaku dan tidak boleh berdiam diri.
"Mereka tidak boleh buat seperti biasa, sebaliknya mereka perlu dampingi rakyat, mereka perlu cari iktiar untuk selesaikan masalah rakyat," katanya.
Malahan Muhyiddin berkata semua kepimpinan di peringkat akar umbi perlu fokus dalam melaksanakan pembaharuan itu dan beliau yakin pembaharuan mampu dicapai sebelum menjelang pilihan raya umum nanti.
Katanya pembaharuan itu bukan sahaja untuk Umno malah turut dilaksanakan dalam parti-parti komponen BN.
----
Penduduk Tundun Bohangin Perlukan Kemudahan Infrastruktur
Sekolah Ketiga Tertua Negara Perlu Bantuan Baik Pulih Bangunan Utama
Empat Warga Asing Mati Ditembak Selepas Samun Peniaga Ikan
Selangor Kaji Kemungkinan Wujud P/Raya Peringkat Ketua Kampung
Taklimat Peranan Petugas Pilihan Raya PBRS Di Kota Kinabalu Pada Sabtu
rasanya kalau sekadar cakap saja pasti tidak ada apa2 yang berlaku. pemimpin atasan perlu lebih serius dan mengambil tindakan terhadap mana2 pemimpin yang engkar dengan Proses tranformasi politik..
BalasPadamjika dilihat apa yang diketengahkan dalam transformasi politik ini, semuanya amat baik dan seperti yang diinginkan rakyat. namun sejauhmana pemimpin2 umno/BN dapat merealisasikan transformasi ini, kita tunggu dan lihat kerana perubahan itu bakal menentukan hala tuju umno/BN kelak.
BalasPadamya.. rakyat inginkan pembaharuan, oleh itu, BN perlu membuat perubahan dalam kepimpinan mereka.
BalasPadamperubahan perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat. perubahan akan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO/BN.
BalasPadamDengan langkah berani, tegas, komited dan jangan pandang belakang. Ia juga perlu seorang pemimpin yang berwatak sedemikian memimpin langkah perubahan.
BalasPadamUbah, jangan tak ubah. Nanti rakyat lari.
BalasPadamNampaknya terdapat orang yang tersedar. Perubahan memang diperlukan.
BalasPadamThey won't get anywhere with that attitude.
BalasPadamPerubahan memang perlu dilakukan demi kepentingan parti dan juga rakyat :)
BalasPadamHendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. Na asalkan ada usaha semuanya pasti OK juga tu nanti. Yang penting rakyat harus didahulukan dan pencapaian diutamakan :)Good luck!
BalasPadamChange for the better and to gain trust back from the people. Otherwise, you will lose your standing ground.
BalasPadamI think they stand a better chance if they could change the whole attitude, mindset and challenge themselves to solve the people's problems before the elections.
BalasPadamUmno perlu melakukan proses pembaharuan politik dengan segera bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat dengan berterusan.
BalasPadamSemuanya perlu ada pembaharuan dan bukan sahaja untuk Umno malah turut dilaksanakan dalam parti-parti komponen BN.
BalasPadam