Kerajasama Semua Pihak Penting Bantu Atasi Masalah Sosial - Musa Hassan
GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) -- Kerjasama dari ibu bapa, anggota masyarakat, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam membantu menurunkan kadar masalah sosial khususnya di kalangan golongan remaja di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata kerjasama itu perlu dititik beratkan oleh semua golongan ekoran kes seperti pembuangan bayi, penderaan, ketagihan dadah dan mat rempit semakin menular pada masa ini.
"Ini adalah berdasarkan perangkaan-perangkaan statistik yang banyak menunjukkan betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini," katanya di sini Isnin malam.
Musa berkata pelbagai pihak perlu memupuk kesedaran bahawa jenayah seperti itu tidak boleh dianggap sebagai remeh oleh masyarakat.
Beliau juga berkata hubungan antara komuniti dan polis amat penting bagi mendidik masyarakat bahawa pencegahan jenayah adalah tanggungjawab bersama dan ia merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan dalam apa juga aktiviti.
Timbalan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mencadangkan supaya satu perlaksanaan diwujudkan sebagai inisiatif memerangi jenayah serta mencipta persekitaran hidup yang lebih selamat.
Beliau berkata `inisiatif bandar raya selamat atau kejiranan selamat' yang merupakan suatu projek yayasan tersebut merupakan contoh kerjasama antara kerajaan dan NGO terhadap pencegahan jenayah melalui perancangan persekitaran dan pendidikan.
----
Dua Remaja Dihantar Ke Sekolah Pemulihan Akhlak Kerana Merompak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan