Kesatuan Guru Setuju Mansuh UPSR, PMR Dengan Bersyarat
PUTRAJAYA: Rata-rata kesatuan guru yang menghadiri perbincangan meja bulat yang pertama mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, bersetuju dengan cadangan kerajaan itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Loke Yim Pheng berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan pemansuhan itu tetapi dengan syarat mempunyai kaedah lain untuk menilai prestasi pelajar.
Langkah itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh pelajar dan mengelak mereka dan guru hilang tumpuan, katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbincangan meja bulat itu yang dihadiri hampir 140 wakil golongan pendidik dan kesatuan guru termasuk dari Sabah dan Sarawak, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohd Sabri Mohd Arshad juga bersetuju kerana menganggap fungsi kedua-dua peperiksaan itu didapati kurang jelas.(?)
Katanya, ia dilihat lebih kepada penilaian kognitif, iaitu berdasarkan penilaian dari segi intelektual semata-mata.
"Penilaian berdasarkan pensil dan kertas semata-mata. Jika kita lihat di negara lain, seperti New Zealand, tidak ada peperiksaan berpusat.
"Langkah ini (mansuh) baik kerana dapat menjimatkan wang seperti kos percetakan, elaun peperiksaan dan pengangkutan. Beban tugas guru juga akan berkurangan dan tidak perlu memberi tumpuan pada kelas-kelas tertentu," katanya.
Beliau berkata, beban ke atas ibu bapa juga akan berkurangan kerana tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan guru juga tidak perlu membuat kelas tambahan.
"Tugas guru akan lebih fokus untuk mengatasi masalah defisit pembelajaran seperti program 3M, disiplin pelajar dan sebagainya.
"Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga yang mahu para pelajar serba boleh turut akan dapat dicapai, termasuk hasrat kerajaan untuk memiliki modal insan bertaraf dunia," katanya.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Sabah Sarawak William Ghani Bina turut bersetuju dengan cadangan pemansuhan itu tetapi dengan syarat tidak membebankan tugas guru.
"Kalau boleh, guru-guru sekarang digantikan dengan guru-guru terlatih. Tidak ada lagi guru sandaran atau guru sandaran tidak terlatih.
"Langkah ini akan mengawal mutu pendidikan dengan lebih baik berikutan kapasiti sesebuah kelas akan menjadi kecil. Sekarang, kelas terlalu besar, dan tidak ada hubungan antara pelajar dan guru," katanya.
Bagaimanapun, Presiden Kesatuan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaya, P. Pharmal Lingam pula tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu kerana mendakwa tidak ada kayu pengukur untuk membuat penilaian terhadap guru dan murid.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pelbagai pandangan diterima daripada perbincangan yang diadakan selama kira-kira tiga jam itu.
Bagaimanapun, katanya, tiada keputusan dibuat pada mesyuarat itu kerana ia bertujuan mendapatkan pandangan untuk dianalisis.
"Kita menggunakan empat jenis input untuk mendapatkan pandangan iaitu melalui pengumpulan berita daripada media, pandangan orang ramai melalui e-mel dan surat.
"Selain itu, melakukan kajian di sekolah dengan mengedar soalan bagi mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan guru, dan input daripada dua perbincangan meja bulat ini," katanya.
Beliau berkata, laporan akhir akan siap pada akhir bulan Ogos ini selepas semua input diteliti sebelum dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – BERNAMA
----
Pada pendapat saya, mata pelajaran yang akan dinilai melalui peperiksaan perlu dikurangkan. Hanya BM, Maths, dan BI sahaja, manakala subjek lain boleh dinilai dengan pelbagai kaedah, seperti penelitian kerja diluar kelas, research berkumpulan atau individu, dan kalau boleh buat tutorial. Kumpulan kecil akan meraptkan lagi murid dan guru.
BalasPadamsebelum UPSR dan PMR dimansuhkan, kajian yang terpeinci perlulah dibuat. ini bagi memastikan pemansuhan tersebut tidak akan menjejaskan prestasi murid dan guru-guru..
BalasPadamharap keputusan yang dibuat akan memberikan sesuatu kebaikkan kepada semua.
BalasPadamJanganlah tergesa-gesa membuat keputusan kerana ia melibatkan masa depan pelajar.
BalasPadamperkara ini perlu dipertimbangkan sedalamnya.
BalasPadamharap jika ia dimasuhkan sistem pendidikan akan bertambah baik.
BalasPadamsaya amat berharap supaya pelaksanaannya bukan dalam masa terdekat ini kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pengeluar2 buku dan pengusaha pusat tuisyen. mungkin kerajaan boleh melengahkannya sekurang2nya setahun agar mereka boleh membuat persediaan bagi menghadapi kesan pemansuhan ini.
BalasPadamWhatever it is, make sure that sufficient thoughts and consideration are put into it.
BalasPadamI hope with this,it can improve the education system. But I also hope they wouldn't rush things as this involves students future. Give it a year for the parents, students and teachers to prepare for this changes.
BalasPadamStudy, review and weight in the pro and con..Don't rush to change..Otherwise it will be just like the PPSMI case.
BalasPadamSaya cuma harap apapun keputusannya nanti, bakal menjanjikan yang terbaik utk semua pihak. Ingat generasi muda (murid2)adalah generasi masa depan yang bakal memimpin negara kita nanti. So pastikan generasi ini menjadi generasi yang berilmu dan berpengetahuan :)
BalasPadamBetul tu ben. Kajian mendalam harus dibuat supaya takda masalah timbul di kemudian hari. Biar semuanya berjalan dengan baik.
BalasPadamalai, jika ada alternatif lain yg lebih baik utk gantikan kaedah peperikasaan tak mustahil sistem pendidikan negara akan bertambah baik.
BalasPadamAda betulnya komen ko tu villager. Paling bagus lagi kalau dapat dilaksanakan secara berperingkat supaya tak juga la telampau terkejut dgn perubahan mendadak kan. hehe
BalasPadamApapun, berhati-hatilah dalam setiap keputusan yang bakal dibuat. Saya cuma mampu mengharapkan yang terbaik utk semua :)
BalasPadam