Jumaat, Julai 02, 2010

‘BORNEONISATION’ - ADAKAH ANAK TEMPATAN SABAH CUKUP BERPENGALAMAN DAN LAYAK?

Isu anak tempatan Sabah layak jawatan tertinggi dapat reaksi positif

KIULU: Isu anak tempatan Sabah yang sudah berpengalaman dan berkelayakan yang disarankan oleh beberapa pemimpin di negeri ini supaya diberi peluang untuk menjawat jawatan tertinggi di mana-mana Jabatan Persekutuan di negeri ini turut mendapat reaksi positif daripada Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Bahagian Kiulu, Datuk Louis Rampas.

Louis yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBS menjelaskan, beliau telah membangkitkan isu tersebut sebanyak dua kali di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Sambil membuat perbandingan dengan negeri Sarawak Louis berkata, Sarawak mempunyai lebih banyak anak tempatan yang diberi peluang untuk mengetuai di Jabatan-Jabatan Persekutuan di negeri itu.

“Apa yang berlaku di Sarawak sepatutnya ia juga dilaksanakan di negeri Sabah, isu ini penting diberi perhatian sewajarnya oleh pucuk pimpinan atasan supaya dapat menghilangkan rasa tidak puas hati dan perasaan warga kelas kedua di kalangan pegawai-pegawai tempatan yang sudah layak mengetuai Jabatan Persekutuan di negeri ini.”

“Sabah mempunyai banyak pegawai-pegawai di kalangan anak tempatan yang sedang berkhidmat di Jabatan Persekutuan yang sudah layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi di Perkhidmatan Awam Persekutuan dan tidak salah memberikan peluang kepada pegawai-pegawai yang berkenaan.”

Louis yang juga Wakil Rakyat Kiulu berkata demikian ketika dihubungi media menyokong pandangan serta mengulas kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Tuaran, Sulaiman Sabri yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini.

Dalam kenyataan Sulaiman, beliau berkata masih banyak Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah disandang pegawai dari Semenanjung sedangkan pada masa yang sama ramai dikalangan anak tempatan di negeri ini yang sudah berpengalaman dan berkelayakan mampu menunaikan tanggungjawab tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Pergerakan Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menyokong isu tersebut yang sedang hangat menjadi bualan rakyat di negeri ini.

Ketua Pemudanya, Datuk Jahid Jahim berkata isu tersebut telah diperjuangkan oleh Parti Bersatu Sabah dari awal iaitu proses ‘Borneonisation’.

Menurutnya, Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah percaya pucuk pimpinan sedar akan keperluan ini dan yakin akan membuat perubahan-perubahan sesuai dengan sentimen generasi baru Sabah masa kini.

“Walaupun telah ada usaha ke arah itu, tetapi gerakannya terlalu lambat, oleh itu Pergerakan Pemuda Bersatu Sabah memohon kepada pucuk pimpinan agar proses tersebut dipercepat termasuklah pelantikan-pelantikan keahlian daripada Sabah dalam Lembaga-Lembaga Pengarah sama ada di Petronas, Felda mahupun badan-badan GLC kerajaan yang lain.”

“Tuntutan ini bukan bermakna kita bersifat ‘Parochial’ tetapi mana-mana anak tempatan Sabah yang sudah berpengalaman dan berkelayakan harus diberikan hak itu.” tambahnya lagi.

---

"(But) when we are ready to take over the key posts in the federal departments and agencies in Sabah, then there is no reason why the Borneonisation programme cannot be implemented" - Tan Sri Bernard Dompok

27 ulasan:

  1. jka ada rakyt Sabah yang berkelayakan untuk memegang jawatan tertinggi dalam jabatan persekutuan, mereka ini perlu diberi keutamaan, lebih baik jika rakyat sabah sendiri yang mentadbir jabatan2 persekutuan di Sabah. mereka lebih memahami budaya dan cara hidup masyarakt Sabah.a

    BalasPadam
  2. If they are qualified, why not give them the chance. After all, the most suitable people to manage the departments in the state should be none other than Sabahans.

    BalasPadam
  3. Come on, Sabah's rights should be given back to Sabahans. Why doubt us?

    BalasPadam
  4. tidak salah, ini memang patut memberi peluang sekiranya rakyat sabah yang berkelayakan. tetapi, haruslah lebih memahami dalam hal pengurusan itu. kelayakkan ada, pengalaman ada tapi sikap disiplin juga harus ada. itu yang penting..

    BalasPadam
  5. Mesti pilih yang betul2 qualified, jangan memalukan diri sendiri dan juga bangsa.

    BalasPadam
  6. jika berkelayakan, perlulah diberi peluang kepada orang sabah untuk memegang jawatan tertinggi dalam jabatan persekutuan negeri Sabah. selama ini jawatan2 seperti ini tidak dimonopoli oleh orang sabah.

    BalasPadam
  7. ramai anak tempatan yang layak dan berpegalaman untuk mengetuai mana2 jabatan persekutuan di sabah..

    BalasPadam
  8. diharap pucuk pimpinan kerajaan akan mempertimbangkan tuntutan anak negeri sabah ini sesuai dengan perjanjian 20 Perkara..

    BalasPadam
  9. kerajaan tidak perlu risau, kerana tiada kesan negatif jika anak tempatan diberi peluang untuk menjawat jawatan tertinggi. malah tindakan itu membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan dan kemahuan rakyat Sabah.

    BalasPadam
  10. Well they rethink about it. The young people should be given the chance to have the job. but then again, the young people are not that mature tho nowadays.

    BalasPadam
  11. jika kerajaan mahu mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat, kerajaan perlu bergerak seiring dengan kesedaran mereka. sudah tiba masanya kerajaan melakukan perubahan dan berikan apa yang sepatutnya milik rakyat tempatan.

    BalasPadam
  12. kepercayaan dan peluang haruslah diberikan untuk orang sabah yang berkelayakkan...

    BalasPadam
  13. Banyak yang layak menjadi ketua di Sabah, napa mesti dari semenanjung?

    BalasPadam
  14. berilah keutamaan kepada anak2 Sabah untuk memegang jwatan tertinggi jabatan persekutuan di Sabah. mereka lebih memahami kehendak penduduk Sabah.

    BalasPadam
  15. Keep the prejudicism away. It's bad for health. v

    BalasPadam
  16. Memang layak dan harus diberi peluang!

    BalasPadam
  17. Just give them the chance to prove themselves. It's chances to be given is what they need now.

    BalasPadam
  18. Time to be fair and square for the local people to administrate the Govt departments. Play the prejudice card, you will face the music with the people.

    BalasPadam
  19. anak anak sabah sekarang ini banyak yang berkelyakan cuma kurang berpeluang dan siapa harus dipersalahkan?

    BalasPadam
  20. rakyat Sabah yang berkelayakan memegang jawatan penting swasta atau kerajaan patut diutamakan. cuma, banyak perkara yang tidak disedari oleh ramai orang iaitu berapa ramai rakyat Sabah yang berkelayakan? jika ada kenapa tidak tampil mencalonkan diri?

    BalasPadam
  21. saya tertarik untuk memberi ulasan tentang perkara Borneanisation ni..kenapa semua jawatan dipegang oleh orang SM? saya bukanlah nak kutuk sabahan sebab saya sendiri ialah sabahan! well banyak perkara yang berlaku di depan mata saya sendiri iaitu sikap orang Sabah sendiri yang selalu pilih kasih jika dia memegang jawatan tertinggi dan asyik2 bangsa dan keluarga dia saja yang diutamakan. kalau bajau...bajaulah yang monopoli di jabatan tersebut, sama jugalah dusun, cina, kadazan etc. saya pernah lihat orang SM yang jadi ketua jabatan yang tidak pilih kasih, memberi peluang sama rata kepada pekerjanya, dan ramai orang menghormatinya kerana sikapnya itu...dan yang paling saya benci ialah ramai orang sabah pegang jawatan tinggi sikit sudah cakap besar dan tinggi diri walaupun saya tahu bukan semua... setakat ini saya belum pernah lihat orang sabah sendiri boleh menandingi kewibawaan beliau...so salah siapa sebenarnya?

    BalasPadam
  22. bukanlah menyebelahi sesiapa tetapi ada kebenaran di sebalik kata 'gigantic'..dan saya lihat ia banyak berlaku di mana-mana jabatan di Sabah ni yang sikap orang-orang kita yang suka tinggi diri, cakap besar dan sentiasa berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai...

    BalasPadam
  23. Raykat Sabah berhak diberikan jawatan tinggi untuk mengetuai jabatan2x persekutuan di Sabah. Harap kerajaan memberi raykat sabah peluang.

    BalasPadam
  24. memang benar apa yang dikatakan gigantic.. rakan2 saya samada yang menghadiri temuduga atau telah berkerja dibeberapa jabatan di Sabah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap orang atasan yang lebih mengutamakan kenalan, ahli keluarga dan saudara mara untuk memenuhi kekosongan jawatan kerajaan. saya amat mengharapkan supaya perkara ini disiasat dan beri keadilan terhadap semua rakyat Sabah..

    BalasPadam
  25. Kenapa tidak? Adakah orang Sabah lebih kurang berkelayakan dari segi mental ataupun keupayaan? Saya rasa, asalnya seorang itu memenuhi segala kelayakan, maka dia layak untuk memegang jawatan tersebut.

    BalasPadam
  26. As long as the qualifications are met, I don't see why not. Sabahans are capable to take up any positions, we are as good as West Malaysians. Why are we not given the chance to prove ourselves?

    BalasPadam
  27. Kalau negaraku boleh dinyanyikan satu Malaysia, kenapa pembahagian jawatan tidak pula dipertimbangkan?

    BalasPadam