Selasa, Jun 29, 2010

SIJIL UPSR DAN PMR TIADA NILAI ? - PUAD

Gabungan Guru Besar Sokong UPSR Dihapus - Puad

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.

"Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau 'school based assessment'," katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di sini pada Selasa.

Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

---

Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMR - Muhyiddin

25 ulasan:

  1. saya setuju peperiksaan tersebut digantikan dengan penilaian di peringkat sekolah bagi menentukan penempatan pelajar selepas tamat tahun 6..

    BalasPadam
  2. tindakan kerajaan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia untuk membolehkan sijil tersebut dimiliki oleh individu yang telah mempunyai pengalaman berkerja adalah sangat baik.. namun, sebelum sijil2 tersebut diberikan, perlu ada satu bentuk ujian bagi mengukur tahap kecekapan mereka agar tidak berlaku penipuan.

    BalasPadam
  3. ada baiknya jika upsr dan pmr dimansuhkan...saya percaya kerajaan akan membuat keputusan yang paling baik untuk semua...

    BalasPadam
  4. setuju dengan darshania..harus dikaji sebelum kerajaan memperluaskan SKM bagi mereka yang mempunyai pengalaman bekerja...

    BalasPadam
  5. harap keputusan yang dibuat ini benar2 tepat dan dapat meningkatkan tahap pendidikan negara.

    BalasPadam
  6. I think it is better if both UPSR and PMR are abolished, the most important thing here is SPM.

    BalasPadam
  7. Come to think about it, maybe UPSR and PMR should be abolished because SPM is the only result which is used to obtain a job or to apply study in a college. Whatever the government decision is, I'm sure the outcome will come out good.

    BalasPadam
  8. kerajaan perlu mengubah cara pembelajaran kepada yang lebih sistematik dan dapat mengasah bakat dan kebolehan seseorang pelajar.

    BalasPadam
  9. Kita tunggu dulu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

    BalasPadam
  10. nah sekarang sudah tahu kenapa kerajaan mahu menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR kan.. tapi apa pun kita nantikan keputusan muktamad dari kerajaan. suara rakyat harus diambil kira juga..

    BalasPadam
  11. We will just have to wait and see then.

    BalasPadam
  12. School based assessment? Good proposal. I hope the Govt can review the idea. But whatever it is, we have to wait the conclusion from the Govt.

    BalasPadam
  13. Kalau saya tu mana2 ja yang penting kaji sedalam mungkin pros & cons nya baru buat keputusan :)

    BalasPadam
  14. inilah masanya untuk kita terima perubahan.. samada cadangan ini berkesan atau tidak, ia patut dipertimbangkan kemudian. saya amat mengharapkan supaya sistem pendidikan kita setaraf dengan negara2 maju.

    BalasPadam
  15. ini memang betul, negara kita semakin hari semakin maju. pendidikan sekarang juga begitu penting sehingga sekarang UPSR dan PMR tidak begitu bernilai untuk mencari peluang pekerjaan. bayangkan???

    BalasPadam
  16. Ada juga kebaikan dan keburukan memansuhkan UPSR dan PMR. Kita mestilah meneliti semua faktor sebelum membuat keputusan.

    BalasPadam
  17. Basically, when a person step into the workforce, what is required is just the SPM certificate, the UPSR and PMR is basically just to determined which high school or which stream they are most suitable for them.

    BalasPadam
  18. Megan Fox ka yang di atas 2???? pewwittt hahahaha

    BalasPadam
  19. We had our own opinion, but as for me, still prefer to have the UPSR and PMR.

    BalasPadam
  20. Ada baik dan ada buruk, dan banyak benda yang harus diubah dan ditambah selaras dengan skop yang akan dibuat. Jika ini dapat memberi lebih banyak kebaikkan, saya rasa tidak ada masalah untuk melakukannya.

    BalasPadam
  21. "Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya. Saya tertarik apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi. Diharapkan kenyataan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana saya percaya ramai individu yang tidak berpelajaran tinggi namun memiliki pengalaman yang mendalam dalam pengkhususan tertentu.

    BalasPadam
  22. Tidak perlu lagi dikaji semula SKM yang akan diberikan kepada individu yang berpengalaman minat serta kebolehan yang diperolehi. Ini adalah keprihatinan kerajaan terhadap rakyat khususnya bagi mereka yang tidak dapat menyambung pelajaran atas sebab2 tertentu. Pasti ada kelemahan dan kelebihan jika individu tersebut perlu melapasi ujian2 tertentu sedangkan pengalaman mereka berdasarkan praktikal dan bukannya teori. Mendapat sijil SKM ini adalah ditahap basic /permulaan sahaja oleh itu tidak perlulah menegaskan perkara ini, yang penting individu tersebut adalah warganegara Malaysia maka layak diberi SKM.

    BalasPadam
  23. Tidak kisahlah kalau ujian UPSR dan PMR dihapuskan atau dimansuhkan dan mengekalkan satu ujian sahaja iaitu SPM. Ia dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam penyediaan kertas soalan.

    BalasPadam
  24. This is still under consideration. There are still possibility that the plan will change.

    BalasPadam
  25. Is the UPSR and PMR certificate really does not have any value, whatsoever?

    BalasPadam