Khamis, Jun 03, 2010

“PERKARA INI AMAT MEMALUKAN” - MUSA AMAN

Kes 23 peragut ditahan di Perlis memalukan

Some of the suspects picked up in connection with a spate of snatch thefts and pickpocket cases at TV3’s Jom Heboh carnival over the weekend being taken to a lock-up yesterday. — NST picture by Rizal Braim2010/06/03 KOTA KINABALU: Kes 25 peragut bersaudara berasal dari negeri ini yang ditahan di Kangar, Perlis, Ahad lalu memalukan kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Sehubungan itu, kerajaan negeri yang memandang serius kes berkenaan meminta polis menyiasat secara terperinci bagi memastikan sama ada benar semua mereka berasal dari Sabah.

"Kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Kita mahu perkara ini disiasat lanjut, termasuk pengesahan asal mereka, kerana berdasarkan laporan, 25 peragut itu adalah dari Sabah yang membabitkan wanita dan lelaki. Perkara ini amat memalukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di Wisma Innoprise di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, 25 peragut yang ada pertalian keluarga, termasuk ibu dan anak perempuan, ditahan dalam operasi khas selepas dikesan aktif meragut sempena Karnival Jom Heboh TV3 di Kangar, Ahad lalu.

---

THE CLAN OF THIEVES FROM SABAH -- 12 MEN AND 13 WOMEN -- ARE BELIEVED TO HAVE SPECIALISED IN PICKING POCKETS AND SNATCHING BAGS AT EVENTS INVOLVING HUGE CROWDS.

25 ulasan:

  1. diharap agar pihak polis menjalankan sisatan dengan lebih mendalam...

    BalasPadam
  2. Memang memalukan,tidak kira berasal dari sabah or x (which is still Malaysian). Kes ini perlukan siasatan terperinci. Jangan sampai pihak lain menjadikan isu ini sebagai bahan untuk meng-attack Pihak bertanggungjawab!!

    BalasPadam
  3. Sabah lagi? what are they doing? balik Sabah tanam Padi lagi bagus!!!

    BalasPadam
  4. seperti yang telah disarankan oleh ketua menteri sabah, diharapkan pihak yang berkenaan dapat menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan kes tersebut. dinasihatkan rakyat sabah yang berada di semenanjung atau sarawak tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej sabah.

    BalasPadam
  5. Siasatan terperinci amat diperlukan, jika tidak akan mewujudkan kekeliruan pelbagai pihak. Jika isu ini dimainkan oleh pihak pembangkang, maka salah mempersalahkan akan berlaku.

    BalasPadam
  6. Still under investigation..haven't yet known where are they come from.So just, Watch and Learn!!!

    BalasPadam
  7. Jika mereka berasal dari sabah, ini amat memalukan. Selepas stranded sekarang pula meragut. Bagi saya tidak ada yang perlu dipersalahkan selain dari diri mereka sendiri. Jika ada yang ingin menyalahkan pihak2 tertentu, bagi saya ini adalah tidak berkaitan kerana apa yang terjadi adalah pilihan mereka sendiri.

    BalasPadam
  8. Kepada rakyat Sabah, jangan bertindak diluar batasan. Anda bukan hidup seorang, malah anda membawa nama seluruh rakyat Sabah. Jangan menconteng arang dimuka rakyat Sabah kerana nila setitik rosak susu sebelangga!!!

    BalasPadam
  9. Perkara sebegini memanglah memalukan cuma kita haruskan pastikan bahawa mereka betul2 adalah rakyat Sabah.Manatau PTI.

    BalasPadam
  10. Moral of the story for the Sabahans and Sarawakian in Peninsular? Don't ever get involve in any illegal or criminal activities. Buat malu negeri sama keluarga sahaja..Think twice before you do anything. I hope the police investigate deeply on this case..

    BalasPadam
  11. Mereka mungkin tidak tahu apa tu moral...kenalah bangunkan mereka...

    BalasPadam
  12. Memang memalukan negeri kita...harap-harap mereka akan bangun.Kerajaan pun janganlah memberikan mereka terlalu banyak kebebasan ke negeri lain...

    BalasPadam
  13. nah ini saya maksudkan ramai sabahan jadi penyangak dan sampah sarap di SM. sabah tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang baik kepda para belia seperti mereka ni. so janakuasa arang batu untuk tenaga elektrik demi untuk pembangunan yang memanggil para pelabur melabur wang ringgit di Sabah boleh membantu sabah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada golongan berpendidikan rendah, sederhana dan tinggi!

    BalasPadam
  14. apa tindakan kerajaan negeri terhadap isu sabahan jadi sampah sarap di SM sehingga menjatuhkan air muka negeri kita yang tercinta? sediakan peluang pekerjaan mencukupi untuk rakyat!

    BalasPadam
  15. sebagai rakyat sabah yang prihatin, janganlah menambah lagi luka yang sudah sedia bernanah dengan cuka dan garam! nanti mereka yang sudah jadi sampah sarap ni semakin jadi bergiuk dan berlalat...so kita sama-sama bimbing mereka untuk sama-sama berjalan ke arah yang betul dan masa depan cerah..masih ada peluang memperbaiki diri.

    BalasPadam
  16. kegiatan mereka ni betul2 memalukan rakyat sabah. tak perlulah nak jadi peyeluk saku, kan banyak lagi kerja lain yang lebih baik boleh dilakukan.

    BalasPadam
  17. siastan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan identiti sebenar peragut tersebut. kita kena pastikan adakah mereka itu benar rakyt sabah ataupun tidak. ini perlu bagi menjaga imej negeri sabah

    BalasPadam
  18. ngamlah diorang ni ditangkap, bikin malu urang sabah ja.. tahniah jugalah diucapkan kepada polis kerana berjaya menahan pencopet2 ni. harap ini memberi pengajaran kepada mereka.

    BalasPadam
  19. memang bikin malu sabah klu dorang benar2 orang sabah. tp kebanykaannya yang buat kerja ni adalah PTI yang mengaku orang sabah ja. guna dokuman palsu. dorang ni lah yang bikin rosak imej negeri sabah. kena pastikan dulu identiti dorang tu.

    BalasPadam
  20. Yes, it is indeed very shameful.

    BalasPadam
  21. Jika perkara ini tidak mendapat menyelesaian yang sewajarnya, saya rasa ini akan menjejaskan imej negeri Sabah.

    BalasPadam
  22. Memang perkara ini memalukan bagi rakyat Sabah. Ini menunjukkan bahawa Sabah tidak telus dalam menyelesaikan permasalahan ini.

    BalasPadam
  23. How to tell?I don't think they are even Sabahans.Duhh.

    BalasPadam
  24. Memang ini sangat memalukan, mana orang Sabah hendak meletak muka bila keluar negeri nanti. Saya rasa ada kemungkinan mereka ini adalah bekas pendatang yang mendapat IC daripada Projek M.

    BalasPadam
  25. This is equally shameful as the corrupted civil servants.

    BalasPadam