Khamis, Jun 03, 2010

4 DARIPADA 10 PENJAWAT AWAM DIKESAN TERBABIT DENGAN AKTIVITI RASUAH ?

41 Peratus Penjawat Awam Terlibat Rasuah Tahun Lepas - Cuepacs

TEMERLOH, 2 Jun (Bernama) -- Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

"Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

"Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini.

Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

"Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.

"Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doktor misalnya 1 hari kepada 11 hari," kata Omar.

-- BERNAMA

----

PEMBETULAN KENYATAAN AKHBAR MENGENAI 41% PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAN

17 ulasan:

  1. berhadapan dengan kemelut ekonomi malaysia sekarang sehingga pemansuhan subsidi terpaksa dilakukan ekoran daripada jangkaan Makmal Rasionalisasi Subsidi(MRS)bahawa hutang negara akan meningkat 100% pada 2019. perlu diingatkan gejala rasuah juga boleh memburukkan lagi ekonomi negara, lebih2 lagi ianya berlaku dikalangan kakitangan awam. diharapkan Ceupacs dan SPRM tidak menyebelahi mana2 pihak bagi memerangi gejala ini.

    -Bernama perlu lebih berhati2 terutamanya yang melibatkan fakta sebelum menerbitkan artikel-

    BalasPadam
  2. I knew there was something wrong with the idea with governments...bloody people...

    BalasPadam
  3. Obviously money is drowning their brain..

    BalasPadam
  4. Bukan semua penjawat awam atau orang yang bekerja dengan KERAJAAN menerima rasuah dan jumlah 41% daripada 1.2 juta orang adalah satu kadar yang amat tinggi. Ini sudah tentu memburukkan nama semua penjawat awam yang tidak terlibat dalam gejala rasuah ini.

    BalasPadam
  5. para penjawat awam sepatutnya bersyukur kerana tidak dibuang kerja pada masa kegawatan ekonomi berbanding mereka yang bekerja dengan pihak swasta. sikap tidak tahu bersyukur ini amat memalukan dan menunjukkan sifat buruk yang bakal mencorakkan negara jika salah seorang daripada mereka ini menjadi pemimpin negara satu hari nanti. Untuk itu, QUEPECS harus tegas dan tidak memaafkan mereka yang terlibat dengan rasuah ini dikenakan tindakan tata tertib, buang kerja atau turun pangkat. Masih terlalu ramai lagi yang ingin bekerja dengan kerajaan jika diberi peluang!

    BalasPadam
  6. One sentence? Blindsided by money..Too bad..They should be grateful that they haven't been fired by the boss..

    BalasPadam
  7. peratusan penjawat awam yang terlibat dalam rasuah ini amat membimbangkan. SPRM memang patut bekerjasama dengan CUEPACS dalam membanteras rasuah dikalngan penjawat awam. mereka yang terlibat harus diberi hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  8. gejala rasuah dikalangan penjawat awam telah lama berlaku. perbutan mereka ini telah menjejaskan imej kerajaan. gejala ini harus dibenteras hingga ke akar umbi agar tidak wujud lagi rasuah di negara kita.

    BalasPadam
  9. rasuah adalah perbuatan yang tidak mengkhinati kepercayaan orang ramai. gejalam rasuah harus dibendung. jika ia dibiarkan berleluasa, negara kita boleh musnah. oleh itu.. sama2 lah kita memerangi rasuah..

    BalasPadam
  10. Saya harap tindakan yang tegas akan diambil supaya perkara ini tidak akan berlarutan.

    BalasPadam
  11. If these civil servants could not conduct themselves in appropriate manners, this will affect the country's performance and also their duty to the people.

    BalasPadam
  12. I'm not surprised, corruption among civil servants are nothing new. If the people don't give bribes, then we can wait a million years for works to be done.

    BalasPadam
  13. Shameful, utterly shameful. If this behavior does not change, the country will not run smoothly.

    BalasPadam
  14. angka 4 dari 10 penjawat awam yang dikesan melakukan rasuah adalah kurang benar. dan ia seolah-olah sengaja disensasikan oleh QUEPECS. bagi saya, kenyataan tersebut berlandaskan bukti dan data dari SPR?

    BalasPadam
  15. Aiyaaa...masalah2 ini la perlakuan sejak dari sekolah lagi yang tidak diubah...terbawa2 sampai kehari pekerjaan.

    BalasPadam
  16. Kerjasama semua pihak memang diperlukan, marilah kita sama-sama memerangi rasuah.

    BalasPadam
  17. Rasuah memang sukar dihapuskan, itu perlu bergantung juga dengan individu.

    BalasPadam