Ghapur terguris dakwaan Zahrain lepaskan kerusi MP
May 11, 2010 KUALA LUMPUR, 11 Mei — Datuk Abdul Ghapur Salleh didakwa Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai antara lapan wakil rakyat BN, kononnya diumpan bagi menyertai rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008, bertekad melepaskan kerusi Parlimen.
Ghapur mengosongkan kerusinya akhir Mac lalu, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah menggesa beliau menarik balik surat peletakan jawatan awal April.
Ahli Parlimen Kalabakan ini yang dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.
The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat Sabah ini mengambil pendirian luar biasa demi menjaga maruahnya apabila ada segelintir pemimpin BN peringkat nasional dan negeri melabelkan beliau sebagai “orang Anwar” selain berhasrat untuk keluar parti.
Ghapur dikatakan mengemukakan surat letak sebagai wakil rakyat kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira dua minggu selepas Zahrain, bekas pemimpin PKR yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, mendedahkan di Dewan Rakyat nama lapan wakil rakyat di Dewan Rakyat.
Zahrain yang keluar PKR Februari lalu membuat pendedahan itu pertengahan Mac lalu.
Sumber memberitahu, Ghapur telah memaklumkan Speaker dan Najib bahawa beliau sedia melepaskan kerusinya jika ada pihak yang masih mencurigai kesetiaannya kepada Umno dan BN.
Malah The Malaysian Insider juga difahamkan Najib, yang juga Pengerusi BN telah memujuk Ghapur agar menarik balik keputusannya atas alasan perikatan masih memerlukan kepimpinan beliau.
----
zahrain patut menarik balik kenyataan tersebut serta meminta maaf kepada Ghapur..Do not make any accusations without proof..
BalasPadamJika tidak betul, tidak ada yang hendak ditakutkan. Tapi memang tindakan zahrain melampau, cakap tanpa bukti!!! xpatut dicontohi!!
BalasPadamsebarang hujah yang dibuat di dalam Dewan Rakyat haruslah disokong dengan fakta2 dan bukti2 yang sahih...jika tidak, hujah tersebut haruslah ditarik balik dan permohonan maaf harus dibuat kerana melibatkan nama baik, maruah serta kesetiaan seseorang wakil rakyat....
BalasPadamSaya faham kenapa Ghapur ingin melepaskan kerusi Kalabakan kerana ini melibatkan maruah dan air muka beliau. Sangat melampau apabila Zahrain menuduh Ghapur sedemikian rupa sedangkan dia sendiri ada salah seekor daripada "katak2" yang melompat masuk kembali ke barisan komponen..huhuhu...memang c sedar diri..
BalasPadam