Ahad, Februari 21, 2010

PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU DI SABAH PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG

Pembangkang Harapkan Pertandingan Satu Lawan Satu Di Sabah Pada Pilihan Raya Akan Datang

PENAMPANG, 21 Feb (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berharap parti-parti pembangkang di negeri itu akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini berkata parti itu percaya harapan itu dapat direalisasikan sebaik sahaja pakatan pembangkang didaftarkan secara rasminya sebagai sebuah gabungan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara pemimpin PKR Sabah dan Presiden PKR kebangsaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabat PKR negeri di sini pada Ahad.

Ahmad Thamrin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kerjasama antara DAP dan PKR di Sabah ekoran kedua-dua parti gagal menyerlah pada pilihan raya umum 2008, dengan DAP hanya mampu menguasai satu kerusi sahaja iaitu kerusi Parlimen Kota Kinabalu manakala PKR gagal menawan sebarang kerusi.

Ditanya sama ada Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada BN pada 2008 akan menyertai pakatan pembangkang, katanya: "Ia terbuka kepada perbincangan".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan