Pergolakan Pakatan Pembangkang Sudah Dijangka - Musa Aman
SANDAKAN, 14 Feb (Bernama) -- Pergolakan dalam pakatan pembangkang memang sudah dijangka disebabkan oleh perbezaan idealogi antara pemimpinnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Menurut beliau, faktor itu adalah kelemahan yang dilihat sejak pakatan pembangkang dibentuk dan semakin ketara kebelakangan ini.
"Pakatan mereka amat berbeza dengan parti komponen yang duduk di bawah Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan konsep toleransi dan persefahaman yang kuat.
"BN amat mementingkan rakyat dan rakyat dapat membuat penilaian antara BN dengan pakatan pembangkang, yang mana satu mampu membela nasib mereka dan tidak hanya berpolitik sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti MCA di sini pada Ahad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan