Jumaat, Februari 26, 2010

GEMPA KUAT GEGAR FILIPINA

Gempa Kuat Gegar Filipina

image KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di wilayah Filipina kira-kira 161km ke tenggara Davao pada jam 4.36 petang Jumaat.

Gempa yang berlaku di 6.6 darjah Utara dan 127.2 darjah Timur, adalah kira-kira 1,001 km ke timur Lahad Datu, Sabah, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun kejadian itu tidak mencetuskan ancaman tsunami.

Earthquake Location

Tiada ulasan:

Catat Ulasan