“Syukur sekiranya benar dia ditahan. Saya berharap selepas ini tidak lagi menerima iklan lucah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu kehidupan kami.”
“Jika dia ditahan, doa saya dimakbulkan kerana dia (dalang penyebaran klip video lucah) menghantar SMS secara rambang tanpa mengetahui sama ada ia diterima pelajar, wanita atau orang tua,”
---
Akibat ketagih klip video lucah dimuat turun melalui telefon bimbit, seorang pelajar tingkatan empat sanggup berhutang sehingga RM1,000 daripada dua rakan perempuan sebayanya yang bertindak sebagai pembekal klip video terbabit.
Namun, gara-gara tidak mampu membayar hutang berkenaan, dia terpaksa menjadi duri dalam daging bagi keluarganya dengan ‘merelakan’ rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, Jertih, dekat sini dipecah masuk.
---
Pelajar zina kemaruk filem seks
Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.
Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.
Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.
---
Baby jual rahsia lelaki untuk RM20
Seorang gadis jelita dikesan mampu memperoleh pendapatan bulanan lima angka dengan mudah hanya melalui perniagaan menjual tip urutan dan petua rahsia bagi membesarkan kemaluan lelaki melalui Internet sejak dua tahun lalu.
Gadis berusia awal 20-an terbabit yang tidak segan silu menjaja perkhidmatan melalui laman web E-book dikesan mengenakan caj RM20 bagi golongan pelanggan lelaki yang berminat mendapatkan lapan set video ‘panas’ yang hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui e-mel sebaik bayaran dibuat melalui akaun bank miliknya.
---
Tiada ulasan:
Catat Ulasan