Isnin, Februari 01, 2010

BIRO PELAJARAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO SABAH MEMINTA JABATAN PELAJARAN SABAH MENGELUARKAN SURAT PEKELILING MENGENAI PELAJAR TIDAK DITERIMA MASUK KE TINGKATAN SATU DISEBABKAN SALAH SEORANG IBU BAPA MEREKA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

Jabatan Pelajaran diminta keluar surat pekeliling

KOTA KINABALU: Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda Umno Sabah kelmarin meminta Kementerian Pelajaran khususnya Jabatan Pelajaran Sabah supaya mengeluarkan surat pekeliling mengenai masalah pelajar tidak diterima masuk ke Tingkatan Satu disebabkan salah seorang ibu bapa mereka bukan warganegara Malaysia.

Pengerusi Biro itu, Mohd Gasing Saling berkata, ini kerana pihaknya, khususnya beliau sendiri menerima aduan mengenai perkara itu khususnya di Tawau daripada ibu bapa pelajar.

“Kalau ia merupakan arahan daripada Kementerian Pelajaran dan termaktub dalam Akta Pendidikan negara ini atau sebagainya…kita boleh terima, tetapi kalau ia hanya arahan secara lisan sukar untuk kita diterima,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempegerusikan mesyuarat biro itu di sini, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, jika ia bukan arahan daripada kementerian, kenapa Jabatan Pelajaran Negeri perlu membuat arahan seperti itu, isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Mohd Gasing yang juga Exco Pergerakan Pemuda Unmo Malaysia dan Pengerusi Biro Pelajaran pergerakan itu di peringkat pusat berkata, secara perundangan negara ini, kalau seorang bapa warganegara Malaysia, ia secara automitik anaknya juga warganegara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan