Jumaat, Februari 12, 2010

"KITA ADA TEMPOH JAMINAN (WARRANTY) KE ATAS KAPAL SELAM ITU DAN KITA YAKIN PIHAK PEMBEKAL ATAU PENGELUAR AKAN MEMPERBAIKINYA,"

Kerosakan Teknikal Kapal Selam Boleh Diperbaiki Pengeluar - Ahmad Zahid

MELAKA, 12 Feb (Bernama) -- Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam cuma kerosakan kecil yang tidak menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan juga telah dilakukan terhadap kerosakan yang dialami kapal selam itu.

"Kita ada tempoh jaminan (warranty) ke atas kapal selam itu dan kita yakin pihak pembekal atau pengeluar akan memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak, di sini pada Jumaat.

Turut hadir ialah ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Tiga Divisyen Mej Jen Datuk Razali Ahmad.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada Khamis mengesahkan kerosakan itu yang dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pengkalan Tentera Laut Diraja Melaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan