Rabu, Januari 13, 2010

"MENURUT KAJIAN ITU, BAGI SETIAP TAHUN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT, TUMOR OTAK MENINGKAT SEBANYAK LAPAN PERATUS DAN SELEPAS LEBIH 10 TAHUN, TERDAPAT 280 PERATUS RISIKO TUMOR OTAK,"

CAP Gesa Kerajaan Adakan Kempen Kesedaran Kesan Radiasi Telefon Bimbit

PULAU PINANG, 13 Jan (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan melancarkan kempen untuk mendidik dan memberi peringatan kepada orang ramai bahaya pendedahan kepada radiasi dari penggunaan telefon bimbit.

Universitetssjukhuset ÖrebroPresiden CAP S.M Mohamed Idris berkata hasil kajian terkini Hospital Universiti di Orebro, Sweden menunjukkan penggunaan telefon bimbit selama sepuluh tahun atau lebih boleh meningkatkan risiko tumor otak.

Katanya kajian yang ketuai oleh Prof Lennart Hardell itu menjelaskan ia berlaku memandangkan jarak otak yang hampir dengan antena radiasi dan berpotensi menyerap sejumlah tenaga elektromagnetik.

"Menurut kajian itu, bagi setiap tahun penggunaan telefon bimbit, tumor otak meningkat sebanyak lapan peratus dan selepas lebih 10 tahun, terdapat 280 peratus risiko tumor otak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

low sperm count

Selain kanser, katanya hasil kajian itu turut mendapati telefon bimbit juga telah dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan antaranya penurunan bilangan sperma, gangguan daya ingatan, tulang yang lemah dan autisme.

Mohamed Idris berkata CAP juga mencadangkan pengeluar meletak label pada telefon dan kotak pembungkusnya dengan memberi amaran mengenai potensi tumor otak yang dikaitkan dengan radiasi elektromagnetik

---

Cell Phone Cancer Risk Confirmed.  Radiation Protection Possible?

Cancer Warning Labels for Cell Phones?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan