Polis Ada "Wajah" Dalang Bakar Gereja Metro Tabernacle
"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat. Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan,"
"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman,"
Kes pelajar lelaki berumur 19 tahun itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara jika ada keperluan untuk mengambil tindakan susulan terhadapnya.
"Kita lihat penuntut berkenaan sengaja mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini bukan untuk berseronok-seronok,"
"Setiap laporan kita akan siasat termasuk dakwaan laporan dalam Internet. Tolong jangan sulitkan keadaan, semua rakyat Malaysia harus bekerjasama bantu polis,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan