Netanyahu pening perangai isteri
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghadapi dilema selepas isterinya dituduh campur tangan dalam pelantikan pegawai kerajaan dan hal- ehwal negara itu oleh media rasmi, semalam.
Kritikan terhadap Sara Netanyahu (atas), 51, isteri ketiga pemimpin itu yang juga bekas pramugari dan kini ahli psikologi semakin meningkat hingga memaksa Netanyahu, 60, merayu kepada wartawan, minggu lalu dengan berkata:
“Jangan kacau isteri saya. Kritik saya, bukan keluarga saya.”
Tetapi, Ben Caspit, pengulas politik akhbar Maariv, menyifatkan Netanyahu ‘tidak layak’ menjadi Perdana Menteri kerana campur tangan isterinya dalam hal itu memberi masalah kepadanya.
“Masalah berpunca daripada Sara akan hanya dikatakan gosip tetapi realitinya dia mempunyai pengaruh besar dalam hal- ehwal rasmi. Dia terbabit dalam semua pelantikan di Pejabat Perdana Menteri atau kerajaan.”
Malah, laporan menyatakan, mesyuarat Netanyahu semakin kerap diganggu kerana panggilan telefon isterinya sejak seorang bekas amah menyaman Sara atas tuduhan ‘mengugutnya.’
Selain itu, akhbar terbesar Israel, Yedioth Ahronoth, pula berkata: “Tidakkah tiba masanya untuk bertanya sejauh mana kesan perangai Sara terhadap orang yang menentukan nasib kita?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan