"Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah,"
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
-----
"Kerajaan menyedari bahawa isu agama adalah perkara yang sangat sensitif di negara ini. Memandangkan isu ini melibatkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah menerusi undang-undang, maka pihak Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji semula perkara ini dan mengemukakan rayuan secepat mungkin ke mahkamah yang lebih tinggi,"
"Dalam menangani isu ini, jangan ada pihak yang bertindak di luar peraturan dan undang-undang kerana kita di negara ini telah melalui pelbagai cabaran dan ujian, dan segala halangan serta masalah telah dapat kita tangani dengan menggunakan akal yang waras,"
Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
----
"Kita tahu ada pihak yang sedang menunggu peluang keadaan positif bertukar menjadi negatif kerana akan berlaku adu domba tidak baik dan sebagainya. Jadi kalau kita tidak tangani dengan betul ia akan menyebabkan kebimbangan yang tidak terkawal,"
"Kita akan membuat rayuan secepat mungkin tetapi ia harus dibuat melalui KDN. Kerajaan dah bagi komitmen dan berjanji untuk merayu, saya fikir dalam hal ini jangan kita terlalu tergopoh-gapah kerana ia melibatkan mahkamah dan melibatkan soal pelbagai bangsa dan agama,"
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan