Rabu, Disember 09, 2009

ISU NAZRI TUDUH DR MAHATHIR SEORANG RASIS

"Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir,"

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

----

"Saya berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Saya menteri bagi semua rakyat Malaysia. Rakyat yang mengundi saya sebagai anggota Parlimen adalah daripada pelbagai kaum. Saya tidak boleh bersetuju kalau satu kursus yang peruntukannya begitu tinggi hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja."

"Jadi kalau kursus hanya digunakan untuk satu komuniti sahaja, saya tidak bersetuju dan berdiri teguh dengan apa yang saya katakan. Patriotisme adalah untuk semua. Negara Malaysia ini adalah untuk semua Malaysia,"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan