Kekangan ketiadaan dokumen pengenalan diri itu menjadi penghalang rakyat di kawasan itu daripada mendapat peluang yang disediakan oleh kerajaan.
Terdapat warga emas berusia 60 tahun ke atas yang tidak layak mendaftar untuk Bantuan Orang Tua (BOT) kerana masalah pengenalan diri, biarpun pada hakikatnya warga emas itu adalah penduduk asli negara ini.
"Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat kanak-kanak tidak bersekolah kerana mereka tiada surat beranak. Selain itu, golongan belia dari pedalaman yang tiada kad pengenalan juga tidak diterima bekerja.
"Lebih teruk lagi ada rakyat yang takut untuk keluar ke pekan kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa gara-gara mereka tidak memiliki kad pengenalan,"
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan