Ahad, November 08, 2009

"SATU-SATUNYA MASALAH BESAR DI NEGERI SABAH DI MANA SEMUA KOMPONEN BN TERMASUK PEMBANGKANG AKAN TURUT MENYOKONG IALAH PENYELESAIAN TERHADAP PTI. “

"Tindakan penyelesaian yang diambil sebelum ini hanyalah bersifat sementara dan tidak berterusan. Kita masih melihat PTI berkeliaran di kawasan bandar dan juga luar bandar.

"Mereka bersikap seolah-olah negeri Sabah adalah tanah air mereka sendiri. Tidak kurang juga dalam bidang-bidang perniagaan yang telah diambil alih oleh golongan ini termasuk bersaing untuk merebut peluang pekerjaan orang tempatan di negeri ini,"

"Oleh itu, saya ingin memohon jasa baik YAB Datuk Seri (Najib) mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini 'once and for all',"

"Saya turut mencadangkan agar kita dapat memuktamadkan satu tempoh masa iaitu pada 2012 untuk menyelesaikan masalah ini. Saya amat-amat yakin bahawa semua pihak rela berganding tangan demi untuk menjayakan misi ini,"

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan