Khamis, November 19, 2009

KURSUS MASAKAN RESTORAN DAN KATERING DI MINI DEWAN KG. SILOU

Bahagian Latihan & Pembudayaan Usahawan Negeri Sabah (PBUnS) Sedcovest Holding Sdn. Bhd. dengan kerjasama JKKK Kg. Silou Ranau, telah menganjurkan Kursus Restoran & Katering di Mini Dewan Kg. Silou selama 3 hari bermula 16/11/2009 hingga 18/11/2009.

Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus 3 hari ini. Peserta terdiri dari kaum wanita dan lelaki yang tiba dari daerah Ranau, Beluran, Kota Kinabalu.

Tenaga pengajar adalah chef yang berpengalaman iaitu Chef Fardah Jelumin yang telah mengajar peserta teknik memasak yang bersesuaian dengan perniagaan makanan iaitu pengawalan kos dan masa yang terbaik dalam penyediaan makanan dalam industi Restoran dan Katering.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan Parlimen Ranau En. Bairi Othman yang mewakili YB Datuk Siringan Gubat Ahli Parlimen Ranau P.179.

 

* Nota tarikh dalam gambar lewat 2 hari dari tarik sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan