GAZA CITY, Genting Gaza 8 Okt. - Penjaga zoo di Gaza City telah menemui satu cara kreatif untuk menarik pengunjung ke zoo yang usang dengan melukis pada badan keldai.
Ini kerana dua ekor zebra di zoo Marah Land telah mati akibat kebuluran awal tahun ini apabila mereka diabaikan semasa perang Israel-Hamas.
Haiwan popular itu terlalu mahal untuk digantikan, justeru penjaga zoo tersebut mengambil keputusan untuk melukis sepasang keldai dengan corak warna hitam dan putih.
Ahmad Barghouti berkata, seorang pelukis profesional menggunakan pewarna rambut yang dikilangkan di Perancis untuk menjadikan kedua-dua keldai itu kelihatan seperti zebra.
Hasan Yaseen semalam berkata, memandangkan tiga anaknya tidak pernah melihat zebra sebenar, mereka sangat terhibur melihat zebra versi Gaza.
Selain dua ekor `zebra’ itu, zoo tersebut turut mempamerkan harimau-harimau tua, dua ekor monyet dan beberapa jenis burung serta kucing. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan