Jumaat, Oktober 09, 2009

PERTUBUHAN MEDIA TRADISIONAL PERLU SESUAIKAN DIRI DENGAN PERUBAHAN

“Media tradisional sedang berhadapan dengan cabaran baru dalam era digital ketika ini dan sekiranya ia masih kaku enggan berubah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa, pengaruh mereka dalam membentuk pandangan umum masyarakat serta pengaruh dalam pasaran akan lenyap ditelan zaman,”

“media baru kini menggunakan internet dan telefon bimbit sebagai cara menyebarkan 'kandungan mereka yang melimpah ruah itu', menjadikan ia lebih mudah diakses, dan menurutnya model perniagaan mereka yang lebih fleksibel itu menjadikan ia dapat menarik lebih ramai pembaca serta pendapatan hasil iklan.”

"Sekiranya mereka pantas dalam mengikut trend, dan sedia menerima perubahan mengenai bagaimana maklumat disebarkan kepada pembaca, media tradisional boleh mengekalkan malah meningkatkan tahap persaingan dan pengaruh mereka,"

“semasa melangkah ke abad baru, pembangunan pantas teknologi maklumat mengakibatkan perubahan yang amat ketara dalam cara dan tingkah laku orang ramai mengakses maklumat.

“rentak pembangunan media baru di China adalah yang terpantas di dunia, di mana media internet dan telefon bimbit menjadi sumber penting maklumat.”

"Media industri China menerokai pelbagai cara untuk menangani cabaran era digital ini,"

Presiden Agensi Berita Xinhua Li Congjun

prscif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan