Sambil berkali-kali menyebut Allahuakbar, dia mula menggergaji kaki kanannya yang hancur akibat dihempap runtuhan konkrit seberat 6 tan.
Dengan tangan yang terketar-ketar, Ramlan meneruskan 'tugas' itu. Buruh binaan berusia 18 tahun dan berasal dari Purwakarta, Jawa, meraung kesakitan diiringi juraian air mata.
Pada mulanya dia cuba memotong kakinya itu dengan cangkul penggaul simen tetapi tidak berjaya.
''Nasib baik Herman yang pada mulanya sudah turun, berpatah balik mencari saya, dia cuba membantu tapi runtuhan itu terlalu berat.
''Saya minta Herman memberikan gergaji kayu yang terikat di pinggangnya untuk memotong kaki, tetapi dia enggan kerana menganggap itu idea gila,''
Ramlan 18, mangsa tindihan bangunan akibat gempa bumi di Padang Indonesia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan