Rabu, September 16, 2009

PETIKAN KENYATAAN PERIBADI HARI MALAYSIA DATUK NAJIB

Membina Harapan Yang Lebih Cemerlang Untuk Semua Rakyat Malaysia

Hari ini empat puluh enam tahun yang lalu, Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia untuk menjayakan apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.

…, penting juga bagi kita mengingati masa silam kita bersama-sama termasuk sumbangan Sabah dan Sarawak yang amat diperlukan itu terus diberikan kepada pembangunan negara.

Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri terbesar kita, yang terpisah oleh lautan, …

Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, …

Ia merupakan bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini, …

…, saya telah merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya.

Kita juga mesti berterima kasih kepada kedua-dua negeri ini atas apa sahaja yang mereka tunjukkan kepada kita tentang bekerja bersama-sama ke arah masa hadapan yang lebih cemerlang.

Sejak menyertai semenanjung Malaysia pada 1963, Sabah
dan Sarawak telah memainkan peranan yang utama dalam pembangunan ekonomi Malaysia, dan peranan itu terus berkembang.

Memang benar Sabah dan Sarawak telah mengalami pertumbuhan yang sungguh mengesankan, namun mereka memerlukan bantuan kerajaan untuk mencapai potensi mereka yang sebenarnya.

Pada masa ini, kemajuan ekonomi di kedua-dua negeri ini tersekat oleh rangkaian pengangkutan yang tidak mencukupi, sekolah yang kekurangan pendanaan dan bekalan perkhidmatan yang tidak mencukupi.

Dana-dana ini, dan pelaburan masa hadapan, akan disampaikan secara langsung di mana-mana yang benar-benar memerlukan …

 

 

Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan