Rabu, September 16, 2009

KERAJAAN FILIPINA SETUJU PEMBENTUKAN ICG

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bersetuju untuk menggunakan satu rangka kerja bagi pembentukan Kumpulan Penghubung Antarabangsa (ICG) untuk Rundingan Damai Kerajaan Filipina dan MILF.

Kedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan mengenai rangka kerja itu pada mesyuarat di sini Selasa.

Salinan perjanjian rangka kerja itu diedarkan kepada Bernama di sini.

Menurut rangka kerja yang dicadangkan itu, ICG akan mengadakan perbincangan apabila perlu bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak serta mengekalkan keselesaaan untuk kepentingan bersama.

Antara lain, perjanjian rangka kerja itu mengandungi 10 seksyen yang meliputi jaminan keselamatan, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk membolehkan ICG menggunakan Perjanjian Kerajaan Filipina dan MILF Mengenai Jaminan Keselamatan bertarikh 9 Mac 2000.

Perjanjian rangka kerja itu berkuatkuasa pada tarikh ia ditandatangani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan