Selasa, September 29, 2009

PEMIMPIN KOMPONEN DIPINGGIRKAN DALAM PELANTIKAN JAWATAN

"Dalam pelantikan anggota majlis daerah, kita dimaklumkan bahawa adakalanya pemimpin PBRS dipinggirkan...perkara ini sepatutnya tidak berlalu.

"Sepatutnya semua anggota parti komponen Barisan Nasional mengamalkan konsep 1BN melalui layanan sama rata termasuk pelantikan jawatan kerajaan peringkat akar umbi,"

"Sebab itu, kita mahu memberi kesedaran kepada ahli kita di mana kita seharusnya bertoleransi berkaitan dengan keperluan parti ini dan meningkatkan persefahaman dengan ahli parti dalam BN.

"Ia sangat diperlukan kerana kalau tiada persafahaman...mungkin berlaku perselisihan. Oleh kerana ada perasaan tidak bagus, kita tidak dapat elakkan terdapat kemungkinan besar berlaku sabotaj dalam pilihan raya,"

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup

kkzq1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan