"Isu yang timbul sekarang ini ialah menamakan calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat di sana dan yang diterima oleh rakyat.
"Orang boleh cakap macam-macam yang mereka mahu dan andaikan, tapi yang akan mengundi ialah rakyat kawasan itu. Kalau kita bising macam mana sekalipun, kita tak boleh undi di sana. Hanya mereka (rakyat) yang boleh mengundi,"
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian Umno Teluk Kemang yang sebulat suara mahu mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai wakil Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan