Rabu, September 09, 2009

KHALID SAMAD TUDUH UMNO JADI DALANG

[khasam1_april5.jpg]KUALA LUMPUR 8 Sept. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa UMNO merupakan dalang utama di sebalik kekacauan yang timbul semasa majlis dialog Menteri Besar Selangor dan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung isu pembinaan kuil, Sabtu lalu.

Menurutnya, gelagat memalukan yang tidak selari dengan roh dan semangat Ramadan itu secara jelas merupakan perangai UMNO dan bukannya kalangan ahli Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah menerima asuhan baik daripada pimpinan parti masing-masing.

''Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebut melihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar.

''Ini boleh dibuktikan melalui klip video yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog UMNO yang tidak mahu menyiarkannya kerana tahu ia hanya akan memalukan mereka. Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli Pas dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali kali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam blognya, www.khalidsamad.com melalui entri bertajuk Sesi 'Dialog' Dengan Penduduk Seksyen 23.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan