Khamis, September 03, 2009

FILEM ANIMASI 3D PERTAMA M'SIA SIAP IKUT JADUAL

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Filem animasi 3D pertama Malaysia, "Geng: The Adventure Begins", diterbitkan dan diserahkan mengikut jadual serta kos yang ditetapkan, kata Autodesk Inc pada Khamis.

Autodesk ialah pengeluar dan pembangun perisian reka bentuk 2D dan 3D, dalam pasaran media dan hiburan.

Filem itu ditayangkan pada Februari tahun ini dan merekodkan jualan tiket kedua tertinggi bagi industri filem tempatan.

Ia dihasilkan oleh syarikat penerbitan tempatan, Les' Copaque Productions Sdn Bhd menggunakan perisian media dan hiburan 3D Autodesk, Autodesk Maya.

"Les' Capaque berjaya mempercepatkan pembikinan filem itu enam bulan lebih awal daripada jadual, dengan jumlah perbelanjaan RM4 juta," kata Autodesk Inc.

Penggunaan Autodesk Maya, salah satu daripada perkakasan perisian terbaik, filem animasi itu diberikan sentuhan kualiti animasi yang mengagumkan, yang membolehkan Les' Copaque menembusi pasaran global.

Hasil daripada kejayaan itu, syarikat penerbitan tempatan berkenaan sudah memperoleh siri TV berulang daripada TV9 dan Radio Television Malaysia (RTM).

"Syarikat itu meneroka pasaran India dan Indonesia, dengan penayangan kini dalam proses," kata Autodesk Inc.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan