KOTA BAHARU, 5 Sept (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata Barisan Nasional perlu mendapatkan majoriti lebih tinggi dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang bakal diadakan kelak.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata BN perlu terus mengukuhkan kedudukan di kawasan tersebut.
Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah.
Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.
"Kita juga mahu melihat suasana politik yang matang diwujudkan pada pilihan raya kecil itu nanti tanpa mengikut emosi kerana rakyat negara ini sudah matang di dalam politik,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan