"Kita mahu pilih calon terbaik yang mewakili parti. Dalam hubungan itu, yang pentingnya ialah calon yang dipilih nanti mendapat persetujuan dan juga mendapat sokongan jentera bahagian itu sendiri. Ini kerana kita tidak mahu nanti calon ini disabotaj oleh bahagian pulak.
"Maknanya kalau jentera bahagian itu sudah bersetuju tentang pemilihan calon dalam rundingan mereka masing-masing, ini akan melambangkan kehendak akar umbi. Dalam apa-apa saja pilihan raya kita kena menghormati parti.....jadi, parti di peringkat bahagian ini perlu mengambil kira apa juga aspek tentang calon-calon yang hendak dikemukakan untuk diberikan pertimbangan oleh pemimpin peringkat pusat,"
"Yang penting bahagian. Dalam mana-mana pilihan raya kecil, bahagian mesti mantap.....jentera bahagian termasuk jentera wanita, pemuda dan puteri mesti bersama-sama sebagai satu pasukan yang mantap. Jika ini mantap, tiada masalah....ini kadang-kadang terdapat jentera itu sendiri tempang....kita nak buat macam mana.
"Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan pula akan menubuhkan jenteranya dan juga jentera Barisan Nasional (BN) di peringkat perhubungan dan kita akan mengagihkan serta selaraskan tugas masing-masing,"
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan
*@*/9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan