Rabu, September 16, 2009

16HB SEPTEMBER “HARI MALAYSIA” MESTI DIINGATI OLEH SEMUA PIHAK

"Kita semua, terutamanya para pemimpin politik, hendaklah berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh melukakan perasaan sesuatu kaum dan mengganggu keharmonian nasional. Kita mestilah bertanggungjawab dengan apa yang diucapkan dan berpada-pada dengan kenyataan yang dikeluarkan, terutamanya yang menyentuh perkara yang sensitif.

"Biarlah 16 Sept menjadi satu hari yang meredakan keadaan, menjadikan kita menoleh ke belakang dan mengimbau sejarah masa lepas, dan mencorak langkah ke hadapan bagi faedah seluruh rakyat Malaysia dengan semangat Rukun Negara dan 1Malaysia,"

"Anggapan bahawa hari Malaysia lebih penting bagi Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung mesti diperbetulkan. Hari Malaysia ialah hari apabila Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia pada 1963 dengan meliputi Sabah, Sarawak dan Singapura.

"Ia merupakan sebahagian daripada sejarah negara dan mesti diingati oleh semua pihak,"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan