Tiada sebarang akta yang boleh mempertahankan survival Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini melainkan sokongan padu peringkat akar umbi,
"Lebih setahun kita menghadapi pilihan raya umum ke-12 dan di Terengganu sahaja, sudah lebih enam bulan melalui pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Adakah kita masih mahu fikirkan kepentingan diri sendiri? Kita kena bangkit dan suntik semula semangat dalam Umno khususnya di Terengganu.
"Bagaimana saya hendak jawab pada arwah bapa saya (Tun Hussein Onn) dan arwah bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Tun Abdul Razak Hussein) sekiranya Umno berkubur satu hari nanti.
"Itulah saya katakan, Umno perlu sokongan peringkat akar umbinya sebagai tunggak kekuatan supaya terus berdiri teguh membela nasib orang Melayu,"
"Apa yang membimbangkan saya ialah musuh yang kita tidak nampak. Justeru, saya menyeru semua anggota Umno khususnya di Terengganu, berjuang dengan ikhlas dan jujur,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan