Sabtu, Ogos 01, 2009

‘BOB’ LEMBU TERBESAR DI MALAYSIA

imageimage   Gambar dari

Pemilik Kafe Miliki Lembu Charolais Terbesar Di Negara

Oleh Noor Adila Ali

BACHOK, 31 Julai (Bernama) -- 'Bob' baru berusia enam tahun, tetapi beratnya kini mencecah 1,100 kilogram, melebihi berat seekor anak gajah.

Pembesaran yang di luar jangkaan itu menyebabkan 'Bob', lembu kacukan Charolais jantan, digelar penduduk kampung sebagai 'lembu ajaib' yang memberi tuah kepada pemiliknya, Mohd Juharani Jaafar.

Mohd Juharani, 26, dari Kampung Permatang Pasir, Gunong, Bachok berkata, Bob yang berstatus pejantan baka berasal dari Amerika telah dipelihara sejak enam tahun lepas sememangnya memiliki tahap pembesaran yang pelik apabila membesar hampir 480 gram sehari.

image "Masa saya beli Bob sekitar enam tahun dulu, usianya baru setahun dua bulan dengan berat melebihi 300 kilogram iaitu berat biasa bagi baka Charolais yang sememangnya terkenal bersaiz lebih besar daripada baka lain.

image "Lain pula dengan Bob, ia membesar dengan cepat melebihi tahap pembesaran bakanya. Setiap hari dapat lihat dengan jelas perbezaannya dan saya langsung tidak menyangka Bob kini boleh mencapai berat 1,100 kilogram pada usia baru enam tahun," katanya kepada Bernama.

Baca seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan