Sabtu, Ogos 01, 2009

UMNO TIDAK TERDESAK BINCANG DGN PAS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat menegaskan Umno tidak berada dalam keadaan tertekan sehingga beria-ia mahu berbincang dengan PAS untuk menubuhkan kerajaan campuran.

image "Tidak, tidak... Umno tidak rasa macam tertekan, sehingga kita terpaksa melakukan usaha untuk mencari titik pertemuan seperti pembentukan kerajaan campuran dan sebagainya.

"Tapi yang kita pentingkan ialah pendekatan ke arah menyelesaikan masalah di kalangan umat Islam yang boleh mendatangkan kebaikan. Apa bentuk sama ada ini melibatkan perubahan struktur dan sebagainya, ini soal kedua,"

"Daripada segi prinsip kita konsisten dan kita tetap dengan pendirian sedemikian. Tapi apa yang berlaku selepas ini terpulang kepada keadaan,"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

image Isu itu kembali hangat baru-baru ini apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor mahu kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS merapatkan kerjasama dengan kerajaan pusat yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan