SANDAKAN, 21 Ogos (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membeli 40 set janakuasa bergerak dan mudah alih bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik di negeri itu, kata Pengurus Besar Kanan Operasinya Peter Lajumin.
Katanya setiap set janakuasa bergerak itu mampu menjana satu Megawatt elektrik dan akan ditempatkan di kawasan yang mengalami kekurangan bekalan elektrik yang kritikal khususnya di pantai timur Sabah.
"Usaha ini adalah sebagai langkah jangka pendek SESB bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan sehingga menyebabkan kami mengenakan catuan kepada pengguna," katanya pada majlis taklimat bersama media di sini pada Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan