Rabu, Ogos 26, 2009

KOMEN TENTANG KEPUTUSAN PP

Calon PAS Mohd Salleh Man, 52, hari Selasa memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu memperolehi 9,618 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, yang mendapat 5,067 undi.

------------

"Tempat itu juga adalah kubu Pas dan mempunyai jumlah pengundi Cina yang ramai,"

"Kita nampak cuma ada sedikit perubahan (sokongan terhadap BN) di beberapa peti undi tetapi tidak begitu ketara,"

"Saya percaya dan yakin kita akan pulih,"

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

-----------

"Kita mesti lihat apa faktor yang boleh diperbaiki oleh parti kita,"

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

-------------

"Anwar dalam ceramahnya sering menjelaskan bahawa satu undi untuk calon Pas adalah sama dengan satu undi kepadanya dan juga satu undi kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang,"

faktor calon kini tidak boleh diambil kira kerana walaupun Rohaizat telahpun membersihkan namanya dari segala tuduhan manakala Mohd Salleh pula tidak popular dan tidak pernah memenangi enam pilihan raya umum sejak 1986 sehingga pilihan raya umum 2008 namun kemenangan masih memihak kepada PAS.

satu lagi faktor penting yang menyumbang kekalahan calon BN ialah anggota parti komponen BN yang tidak mengundi atau menyokong BN sendiri.

terdapat sebanyak 5,600 anggota dari parti-parti komponen BN malah anggota Umno sendiri adalah sebanyak 5,400 tetapi BN hanya mendapat 5,067 undi sahaja.

Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian

--------------------

"Walaupun jumlah majoriti PAS telah berkurangan tetapi ia tidak sampai 1,000 pun dan ini menunjukkan rakyat masih percayakan pakatan pembangkang dan menolak sistem dan dasar pemerintahan kerajaan sekarang,"

isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, isu rasuah, integriti dan moral yang dibawa oleh pembangkang masih mempengaruhi pengundi.

"Terdapat juga rakyat yang mahukan kerajaan memperkenalkan sistem dua parti seperti yang diamalkan oleh negara-negara Eropah dan disebabkan itu mereka menyokong pembangkang supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN,"

Penulis terkenal Kassim Ahmad

------------

1 ulasan:

  1. saya teruja melihat banyak maklumat tentang ranau yang en. ada. apa kata en join ranau forum supaya dpt memberikan byk maklumat kpd org ranau.

    http://www.forum.ranaublog.com

    BalasPadam