Sabtu, Ogos 01, 2009

BERI PANDANGAN MENGENAI ISA BUKAN ADAKAN DEMO

Rakyat sepatutnya memberi cadangan atau pandangan untuk memperbaiki Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya mengadakan demonstrasi untuk menyokong atau membantah pelaksanaan undang-undang itu,

image "Kerajaan telah pun mengambil pendirian untuk mengkaji ISA dan dalam proses itu yang penting ialah untuk (rakyat) memberi pandangan, cadangan, idea bernas bagaimana kita boleh memperbaiki undang-undang seperti ini.

image "Dalam proses itu kita buat perbincangan dan mendapatkan maklum balas daripada rakyat dan sebagainya... buat apa kita adakan demonstrasi,"

Beliau juga menyifatkan perhimpunan yang dijadualkan esok sengaja dirancang semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan