Kementerian Pelajaran akan mengambil 1,000 guru pakar dan terlatih subjek bahasa Inggeris dari Australia dan United Kingdom (UK) serta memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Inggeris di sekolah rendah dan menengah, mulai Januari depan.
"Ia sebahagian daripada usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar selepas Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012,"
"Program itu adalah sebahagian peruntukan RM5 bilion untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris bagi tempoh 2011 hingga 2015. Ia turut membabitkan pembinaan makmal bahasa Inggeris yang dilengkapi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),"
Kebanyakan sekolah luar bandar yang tiada guru opsyen bahasa Inggeris mengajar subjek berkenaan menyebabkan pencapaian di kalangan pelajar sukar ditingkatkan.
"Contohnya, di Sekolah Kebangsaan Abai, Kinabatangan, subjek Bahasa Inggeris diajar oleh guru agama yang kurang fasih berbahasa Inggeris.
"Ada juga guru yang sanggup mengajar bahasa Inggeris walaupun penguasaan mereka lemah bagi mengelak dipindahkan ke sekolah lain. Maklumat itu saya peroleh ketika melawat sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan