Rabu, Jun 17, 2009

PROJEK AGROPOLITAN DI KOTA BELUD DITERUSKAN: EWON

image KOTA KINABALU, 17th June, 2009: Pelaksanan projek Agropolitan yang akan dilaksanakan di daerah Kota Belud di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan dite-ruskan seperti yang dirancang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin berkata, ini kerana kerajaan tidak mahu rakyat kehilangan pendapatan dan menikmati pembangunan, kerana masalah tertentu yang boleh menghalang projek tersebut yang akan memberi manfaat khususnya kepada golongan miskin tegar.

“Projek Agropolitan ini telah dirancang di kawasan berkenaan yang melibatkan lima kampung antaranya Kampung Labu-an, Marabau dan Taun Gusi yang akan membabitkan 550 orang peserta yang dikenal pasti terdiri penduduk dalam golongan miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim, Adun Tem-pasuk, Datuk Musbah Jamli, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal, Pegawai Daerah Kota Belud, Mohd Najib Muntok dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan berikutan tindakan penduduk di Kota Belud yang terlibat dengan projek Agropolitan mengadakan demonstrasi menuntut hak mereka terhadap tanah rizab padang ragut.

Kelmarin beberapa ratus penduduk Kampung Labuan dan Wakap berhimpun secara aman menuntut hak mereka terhadap tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan seluas 432 hektar yang dikurniakan kerajaan kepada kampung berkenaan.

Tuntutan itu dibuat berikutan kerisauan penduduk kampung terlibat, kerana kawa-san berkenaan akan dimajukan untuk projek Agropolitan Kota Belud di Kuala Pintasan, tahun ini.

Ewon berkata, apa yang berlaku itu terhadap demonstrasi penduduk berkenaan, ianya merupakan sedikit salah faham, kerana ketidakfahaman daripada sebilangan penduduk di kawasan berkenaan mengenai konsep pelaksanaan projek Agropilitan itu.

“Saya nampak penduduk yang terlibat itu, bukan membantah projek berkenaan, tetapi mereka ingin tahu mengenai peranan mereka dalam Agropolitan itu,” katanya.

Jelasnya, tidak ada penduduk yang akan disisihkan daripada terlibat dalam projek itu, sekiranya mereka layak mereka akan terlibat dan terdapat 550 orang peserta daripada golongan miskin tegar sudah dikenal pasti terlibat dalam projek itu.

Daripada jumlah itu, katanya 200 orang akan menjadi peserta dalam projek penanam getah dan 350 orang peserta lagi untuk projek ternakan, ini kerana projek Agropilitan di Kota Belud mempunyai dua komponen iaitu penanaman getah dan ternakan.

Ewon juga menjelaskan status tanah yang dibangunkan untuk projek Agropoli-tan di Kota Belud itu tidak melibatkan tanah penduduk kampung berkenaan, sebaliknya ia merupakan kawasan tanah padang ragut yang sudah diwartakan sejak 1972.

Katanya, pihaknya bersama-sama wakil rakyat dan Pejabat Daerah di daerah itu akan mengadakan dialog lagi dengan penduduk yang terlibat bagi memberi penerangan dan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut supaya tidak ada lagi salah faham mahupun perselisihan pendapat dengan mereka yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan