Rabu, Jun 17, 2009

KURANG PROMOSI PUNCA PROGRAM HOMESTAY KURANG SAMBUTAN, KATA NG

image LANGKAWI, 16 Jun (Bernama) -- Kadar penginapan untuk program homestay di seluruh negara pada tahun lepas hanya 10 peratus dan kadar rendah itu berpunca daripada kurangnya promosi di pihak kira-kira 3,600 pengusaha homestay.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata punca lain ialah sikap pengusaha yang tidak menitikberatkan kebersihan dan menyediakan pakej menarik untuk memikat pelancong.

image image "Kementerian membantu menyediakan peruntukan bagi membina tandas dan bilik air yang bersih dan elok. Selain itu bergantung kepada kreativiti mereka (pengusaha homestay) menyediakan pakej yang menarik," katanya kepada pemberita semasa melawat homestay Kampung Wang Tok Rendong di sini, Selasa.

Beliau yakin sambutan terhadap program dapat ditingkatkan dengan syarat pengusaha meningkatkan perkhidmatan mereka daripada semua aspek kerana pelancong akan kembali semula selain menguar-uarkannya kepada kenalan sekiranya mereka berpuas hati.

Dr Ng berkata pelancong asing memilih menginap di homestay kerana ingin merasai suasana kampung tetapi aspek kebersihan perlu diberi keutamaan.

image "Suasana kehidupan kampung hanya terdapat di homestay kerana ia tidak disediakan oleh hotel bertaraf lima atau enam bintang."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan