Isnin, Jun 22, 2009

PEMBANGKANG CUBA POLITIKKAN PROJEK DI SABAH, SARAWAK: YONG

image "Kementerian saya sedang berusaha melaksanakan semua projek kerajaan yang pernah diumumkan di kedua- dua negeri ini... semua bukan gimik politik, pihak pembangkang yang sebenarnya berfikir rakyat boleh diperdaya dengan dakwaan itu.

"Sudah tentu orang ramai akan tahu perkara sebenar selepas semua projek berkenaan dapat diselesaikan Kerajaan bagi kegunaan semua pihak termasuk pembangkang, "

image "Ketika ini ada beribu-ribu projek kerajaan sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dengan semua projek ini memerlukan tempoh masa tertentu sebelum dapat siap dan digunakan.

"Sememangnya projek yang dijanjikan itu ada dan kita tidak pernah menipu rakyat ketika membuat sebarang pengumumannya mengenainya sebelum ini,"

"Saya berani menjamin hampir semua projek di negeri sedang dilaksanakan mengikut jadual dengan keadaan sama di Sabah walaupun hampir 80 peratus projek yang dilaksanakan di seluruh negara dilaporkan gagal mengikut jadual baru-baru ini.

"Hanya terdapat satu projek sakit di Sarawak iaitu pembinaan jalan raya di Kuala Tatau selain satu projek sakit Labuan, Sabah juga membabitkan pembinaan jalan raya,"

Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Yong Khoon Seng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan