Isnin, Jun 22, 2009

IDA NERINA PATAH TULANG BELAKANG JATUH DI KEDIAMAN

imageKUALA LUMPUR, 22 Jun 2009: Pelakon terkenal, Ida Nerina terjatuh di kediamannya, sebuah kondominium di Persiaran Syed Putra di sini, kelmarin, mengakibatkan tulang belakangnya patah.

Difahamkan, kejadian yang turut mengakibatkan kedua-dua image kakinya berkemungkinan lumpuh itu berlaku sejurus selepas pelakon yang juga tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia bagi musim ketujuh (AF7) itu pulang daripada menjalani lakonan teater di ibu kota.

image Ida atau nama sebenarnya Ida Nerina Hussain kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

image Usaha untuk menghubungi Ida atau ahli keluarga termasuk suaminya, Shahrin Razali yang juga bekas pemain drum kumpulan Blackrose untuk mendapatkan penjelasan lanjut, malam tadi, gagal.

Rakan Ida yang turut terbabit sebagai tenaga pengajar AF7, Fatimah Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian itu daripada suami pelakon itu.

image “Sebaik menerima berita mengatakan kejadian yang menimpa Ida, saya terus mendapatkan penjelasan daripada suaminya dan dia mengesahkan kemalangan itu semalam (kelmarin).

“Saya juga dimaklumkan Ida berada dalam keadaan stabil serta sedang berehat selepas menjalani pembedahan tulang belakang di PPUM, petang semalam,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Fatimah enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber berkata, kedua-dua kaki Ida masih belum dapat digerakkan dan kini sedang mendapat rawatan di wad Ortopedik PPUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan