Ahad, Jun 21, 2009

MAS DIGESA KAJI TAMBANG UNTUK GALAK INTEGRASI NASIONAL

image SANDAKAN, 21 Jun (Bernama) -- Penerbangan Malaysia (MAS) digesa menimbang harga tambang yang membabitkan penerbangan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam usaha menggalakkan integrasi nasional.

imageKetua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang membuat permintaan itu berkata langkah berkenaan sejajar dengan pelaksanaan Konsep 1Malaysia bagi membolehkan lebih ramai penduduk Sabah dan Semenanjung mampu untuk saling berkunjung dengan lebih kerap lagi.

image"Ini akan menyumbang kepada integrasi nasional antara rakyat dalam negara di samping mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang sedia ada," katanya semasa melancarkan sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri di sini hari ini.

image Beliau berkata langkah syarikat penerbangan AirAsia menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah banyak membantu dalam menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah berkunjung ke Semenanjung Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan